Friday, December 16, 2011

salam jumaat

"kalau perompak masuk rumah, kau bagilah apa saja yg kau ada. berapa ribu pun rezeki dia, kau bagi tak payah tanya. tak berbaloi kau mati di tangan dia. kecuali kalau dia nak sentuh bini kau. kalau kau mati, ayah tak ralat"

ayah mertua aku.
sebelum tinggalkan rumah utk pergi haji.
menitis air mata aku masa dia cakap.

sekarang aku nampak mana datangnya swagger laki aku.
samseng. anak bapak dua2 jantan.

selamat hari jumaat. yang secara peribadinya aku rasa hari lelaki.
sebab hari jumaatlah semua lelaki kacak berbaju melayu berjubah ke masjid.
terutama sang seksi berbaju jubah pakistan di depanku ini.

seksi.

Tuesday, November 29, 2011

cara2 menjadi bintang hiburan segera (dan kelihatan artistik)

langkah satu:

tulis frasa2 tergantung.
capai gitar.
pusing 4 chords.
nyanyikan frasa tadi.
rekod.
rename file dengan tambahan perkataan "raw".
upload.
share.
ulang proses berkali2.

---congratulations. you are now an indie singer songwriter.


langkah dua:

teruskan proses selama lebih 6 bulan.
siapkan dalam 5 ke 6 lagu.

---congratulations. you are now a fighter for indie scene.


langkah tiga:

rajin2kan masuk fb group yang penuh dgn the same indie singer songwriter yang merasakan diri mereka fighter for indie scene.
buat event sama2.
sepah2kan nama sama2.

---congratulations. you are now a joke.








but you know what?
IF YOU ARE a star,
you should've stopped at step one.

you DONT be.
you just are.

Saturday, November 5, 2011

muzik tak salah, dik.

muzik tidak haram.
selagi ia tidak membuat kita hanyut dan meninggalkan yang wajib,
ia tidak haram.

tapi kita manusia.
kita selalu lalai.

tapi itu cerita lain.

namun muzik tidak salah.
macam gula tidak patut dipersalahkan penghidap diabetes.
tamak manis yang salah.
bukan gula.

garam tidak salah.
kambing tidak salah.
makanan laut tidak salah.

tapi manusia yang salah.

kereta tidak salah. tapi ramai mati dilanggarnya.
kaki tidak salah. tapi ramai pergi berzina dengannya geraknya.
zakar tidak salah.
vagina tidak salah.
kita yang salah menggunanya.

dik,

kalau muzik itu salah, bagaimana berani kita gendangkan kompang menyambut kelahiran rasul kita?
kalau muzik itu salah, bagaimana tegarnya kita bertaranum membaca ayat2 suci-nya?

muzik tidak salah.

dan bermuzik itu bukan un-islamic.
al-kindi adalah ahli saintis dan matematika yang mendedikasikan ilmunya disulam muzika.
al-farabi telah menulis tentang terapi muzik dan kaitannya sama jiwa dalam buku2 falsafahnya.
mereka ahli muzik.
bersamanya, mereka mencari tuhan.
melaluinya, mereka menyebar ilmu tuhan.
ahli muzik yang juga ahli ilmu.

itu muzik yang kita perlu.

dik,
tuhan suka benda2 cantik.
tuhan suka perkara2 asyik.
kerana itu syair arab zaman terdahulu begitu molek.
kerana itu literatur kitabullah itu begitu rapi tak terusik.

tuhan suka puisi. dan beribu tahun selepas turunnya surah terakhir, kajian literatur membuktikan elemen2 termahal dalam puisi ada sarat dalam al-quran. dan yang paling jelas adalah lyrical ballad atau dalam bahasa kita balada berlirik; satu elemen di mana setiap hujung baris adalah berlagu sama-- atau rhythmic.

itu muzik, dik.
gula, garam, kambing, makanan laut dan sebagainya dalam sukatan yang betul.
muzik;
seperti gula, garam, kambing, makanan laut dan sebagainya itu tadi tidak salah.

yang salahnya--
adalah manusia.

zikirlah dalam bunyian termanis.
lagukanlah bacaan ayat2 sucinya dalam suara yang paling mendayu dan menghiris.

kerana di kemudian harinya,
it's never about the music you shout,
but what you are actually singing about.

Sunday, October 16, 2011

entri kerana jamban

ia bermula ketika aku berbual tentang jamban di status fesbuk.

aku cuma menyatakan yang hak-- tentang betapa di negara yang jambannya tidak berpaip ini; tak pernah walau SEKALI PUN aku temukan jamban yang busuk, berlendir atau terlekat tahi. aku pamerkan kesal aku pada tanah malaya yang mana aku rasakan secara logik akalnya kalau sudah bermewahan air untuk menjirus segala-- seharusnya kita lebih mampu untuk memiliki jamban yang lebih gah dan membanggakan. tapi tidak.

itu sahaja.

tapi mungkin ada yang tersinggung. atau saja2 mahu meng'eleh' pada penyataan aku. sama ada benar2 kerana merasakan cakap2 aku tidak patut; seperti aku tidak patriotik dengan negara sendiri (dalam hal ini, menyokong malaysia pada apa jua perkara), atau sekadar saja2 tidak mahu bersetuju dengan apa jua yang aku kata.

apa pun,
aku peduli apa.

ya. aku setuju dengan hujah kawan karib aku yang mengatakan lojik berikut:
jamban + air + lumpur kasut = jamban kotor.
i totally get it.

tapi aku bukan berbual tentang tandas. aku katakan tentang jamban.
jamban tempat dilabuhkan punggung untuk melebuskan kumuh.
yang itu.

namun yang sibuk lain2 orang bicarakan adalah rebuttal point yang sebenarnya lebih berbaur penyataan defensif dari hujah bangkangan. aduh. susah sungguh berbual sama orang melayu. penat sungguh kalau mahu berbincang2 sama orang melayu. leceh sungguh bercakap2 sama orang melayu.

dari cerita tentang jamban, boleh menyimpang tentang tak sedar diri aku sebagai anak melayu.
aduh aduh aduh.

khuatir, aku.
definasi patriotik itu bagaimana bagi kita2 agaknya?

sedang rasul telah pesankan; keluarlah memburu ilmu sejauh mana terdaya termampu. dan telah dituntut dalam agama-- andainya kita memilik sesuatu, bila berkongsi akan berganda seribu. maka, dari fahaman aku yang tidak berapa bijaksana ini, secara rasionalnya aku bagus kalau berkongsi.

tapi tidak.
bercerita tentang bagusnya negara orang itu tidak patriotik.
bercerita tentang kurangnya negara sendiri itu tidak nasionalistik.

aduh~
begitu pula?

pelik;
kerana bagi aku, kalau memang mahu bercerita,
kisahkan yang benar2 kisahnya.
orang yang paling penat dalam dunia adalah orang penipu berlidah dua.
hari2 hidupnya perlu menghafal cerita yang sama--
tersalah lepas, mampus dipecah kepala.

walhal itu sekadar cerita jamban.

oh mungkin aku perlu riuhkan pengalaman jijik aku dengan jamban di beijing yang tak berpaip dan tidak berpintu. yang jambannya berlendir siap tahi memalit siap di dinding yang seperti sudah keras membatu. mungkin cerita begitu adalah bagus. kerana ia lebih merangsang komen2 seperti "untungnya kita rakyat malaysia".

*geleng kepala*

jamal abdillah dalam lagu terbarunya sama malique ada berperihal tentang katak bawah tempurung. aku tidak pasti liriknya. kerana belum sempat aku hafalkan setiap bait, telah tercampak aku ke sini. tapi aku pasti takkan ada cerita baru tentang katak begitu.

tak mengapa, sebenarnya, menjadi katak di bawah telangkup. ada ramai lelaki2 dan perempuan2 kampung yang hidupnya serba tidak tahu. kalau tidak percaya, pergilah pada onyang kita yang lasak mengorek ubi di darat. tanyalah tentang pergolakan di libya atau siapa lelaki muslim bapa kandung steve jobs yang sebenarnya. dia peduli hapa.

tapi kalau di gelap sempit ruang tak bergerak itu sang katak sibuk melaung2 tentang tahunya akan angkasa-- itu; kebodohan yang seharusnya didiamkan agar tak diperasan sesiapa.

benar. ia terlalu enteng untuk dijadikan entri-- perihal jamban itu. tapi kalau sudah di setiap status dikata aku tidak patriotik, jiwa siapa tidak panas, tuan2.

datang ke sini tidak membawa bendera-- dikata tidak patriotik.
datang ke sini tidak membawa pamplet tentang malaysia-- dikata tidak patriotik.
datang ke sini asyik mengkagumi budaya orang-- dikata tidak patriotik.
datang ke sini asyik mengisah tentang bahasa orang-- dikata tidak patriotik.

penat aku dengan singgung orang melayu.
rimas.
entri aku tentang 'lagu bohong' tempoh hari pun sampai diselar suruh keluar dari negara sendiri.
belengas.

apakah salah kita mempertikai bohongnya lirik lagu saduran kita itu yang mengatakan kita rakyat hidup bersatu dan maju?
perlu bukti bagaimana lagi kalau terang2 Bersih dulu menyaksikan garis terbelahnya kita?
apakah salah kita menanyakan bohongnya rangkap di mana raja kita selamat bertakhta?
perlu bukti bagaimana lagi kalau teman rapat aku yang bercerita sedih sedang ketakutan di dalam hati takut2 kerabatnya diguling jelata?

orang melayu, kita bangsa mewah selindung.
banyak kias.
kalau kau sendiri yang bodoh menafsir subteks dan frasa dua makna,
berhenti lelong2 kau orang melayu.

dan orang melayu yang lekas tersinggung ini memang lekas juga lentingnya. dan bagi orang2 melayu yang lekas tersinggung ini, orang seperti aku tidak cukup melayu. namun dek kerana tidak ada garis panduan khusus untuk menjatuhkan hukum melayu, isu agama akan dimasukkan.

sebagai contoh, fakulti aku ketika di universiti dahulu telah digaduhkan untuk ditutup. universiti aku adalah pengangkat nama islam di peringkat antarabangsa. maka jurusan sastera inggeris dan bahasa adalah bercanggah dengan martabatnya. kami dipanggil pengikut syaitan kerana bahasa inggeris adalah secara ceteknya dipandang bertuhan amerika dan sekutunya. wah. begitu rupanya.

dan takkan aku lupa hujah pensyarah aku yang bijaksana. lelaki. muslim. dan dengan tenang meningkah seorang lelaki berparas ulama' di hadapannya:
bahasa apa diguna iblis ketika berbual sama tuhan yang esa?

betul jawabnya.
namun untuk sesetengah, tetap dipandang bangsat kerana berani menjawab sedemikian rupa.
bahasa tidak memberi janji jahatbaik seseorang itu.
budaya tidak memberi syarat bangsatmulia seseorang itu.

kita adalah baikjahat kita.
kita adalah muliabangsat kita.

susah hendak berbual dengan orang kita sendiri. hendak bercerita2, dikata menunjuk2. kalau tidak dicerita, kata kita kedekut. konon dikata ada cara bercerita yang takkan nampak menunjuk-- ah pigi dah!! kalau memang sudah tidak suka, cakap apa sahaja, memang takkan disokong bagusbenarnya.

susah.

*hela nafas berat*

kita suka rasa kita betul. cara kita ke jambanlah paling betul. cara kita istinjaklah paling bersih. cara kita masak paling betul. cara kita berfesyen paling betul. cara kita menguruskan perniagaan paling betul. kita sahaja betul.

kita lupa yang kita ini berkabilah. dan telah tuhan katakan dalam kitabnya; dijadikan kita dari pelbagai kaum dan puak-- li ta'aarafu-- untuk berkenal2. maka kenapa di peluang yang dibagi, kita tolakkan dan berkeras untuk tetap tidak menghormati?

aku cuma mampu gelengkan kepala pada pengkritik2 sinis yang mengkeji manusia eurasia di sini yang lebih gilakan fesyen dari teknologi. kita rakyat celik IT. semua kanak2 tahu komputer, semua budak2 mampu pakai android, blackberry, apple or whatever. aku sedih kerana orang kita masih merasakan kita sahaja hebat di mata dunia. kita sahaja besar. kita sahaja menggegar.

kita siapa.
habuk bodoh kalau diketis tuhan berterabur menjadi debu sahara.

ada layaknya mereka tidak mempeduli teknologi. rata2 semua orang masih berjalan kaki ke sana ke mari. cuaca terlalu sejuk untuk sekadar berdiri setempat bermain permainan bosan yang perlu jari menonyoh2nya untuk berfungsi. fesyen lebih sesuai dengan mereka, kerana warna lebih menarik kontranya dengan salji. entah. apa pun juga alasannya, mereka rasa mereka betul sebegini.

ya. mereka pun rasa mereka betul.

ketika mereka katakan dengan jujur pada aku pada kali pertama aku ke mari dahulu-- "malaysia jung-ley? africa?" pada mereka malaysia itu letaknya di tengah safari afrika. bukan salah mereka. dokumentari kita yang salah. asal malaysia-- orang iban. asal malaysia-- orang bidayuh. dokumentari zaman 80an sampai sekarang-- itu sahajalah videonya.

ya. semua orang rasa mereka betul.

termasuk aku. kalau aku tidak rasa aku betul, aku takkan tulis entri ini. aku akan biarkan dan mengadu pada tri betapa aku ini sungguh2 tidak pandai menjaga hati negara sendiri. walau pun 'negara' adalah satu terma rekaan demi menggantikan jahatnya hakikat sebenarnya-- yang aku sepatutnya menjaga hati 'manusia2 yang berada di dalamnya'-- aku mungkin lebih elok berserah dan menerima teguran2 orang pada ketidaksensetifan aku.

haih~
pasal jamban pun boleh melalut sampai sini.
terima kasih yang banyak pada pengkomen yang menaikkan darah aku tadi2.
maaf terpadam tulisan2 engkau.
maklumlah-- darah panas.

cuma aku harap,
kita rakyat malaysia akui--
kita ada ramai manusia bangang yang mencangkung di jamban duduk,
yang tidak flush selepas cebok,
yang tidak bungkus tuala wanita dan cuma letak tepi,
yang boleh buat tandas awam jadi tempat mandi.

kita--
adalah pengotor.

dan kita jarang cuci tangan lepas guna jamban,
kemudian buka pintu tandas dengan tangan yang tak berbilas dua basuhan.
yuck.

haih.
apalah aku rapik ni.

pendek kata--
entri hari ini--

macam jamban.

Monday, October 10, 2011

mata baru

lain rasanya.

setiap apa yang pernah,
setiap satunya-- sudah berubah;
tidak sama.

subhanallah.

tersujud jiwa aku yang di dalam ini --kerana aku sedari tidak semua dipeluangkan dengan apa yang aku tersempatkan. tuah ini dibagi pada aku. peluang ini dikasi pada aku. sempat ini dihadiah pada aku.

gila.
memang gila.
subhanallah.
memang sungguh gila.

*menung sambil menonton ombak dada tri yang sedang nyenyak di katil sana*

seperti mana yang pernah sesetengah tahu, ini bukan pertama kali aku di sini. beberapa lama dahulu, aku terhumban ke sini sendiri-- terjauh dari cinta sang suami. untuk beberapa tempoh, yang aku reti cuma menangis mahu padanya kembali. dan secara seluruh di tiap2 tempoh itu, yang aku punya cuma benci.

makan pahit.
muzik bingit.
tubuh sakit.
jalan perit.

semua sulit.

benci aku pada apa juga nikmat yang aku dapat di sini aku luap2kan-- biar terbaja dengan subur. biar semua memori dikubur. bersumpah mati takkan lagi ke mari. takkan lagi. takkan lagi.

namun tuhan itu terbijaksana. manusia pencerita seperti aku memang seperti disaja2 dibagi pelbagai rasa-- kerana aku ini seorang pencerita; yang akan mencerita setiap jenis cerita supaya kebermacaman cerita2 itu diperguna manusia.

aku kembali.
dan bersamaku-- sang suami.

*senyum*

lain rasanya.

setiap apa yang pernah,
setiap satunya-- sudah berubah;
tidak sama.

subhanallah.

makan nikmat.
muzik lazat.
tubuh kuat.
jalan hebat.

semua sarat.

maasya-allah.
tersujud lagi aku.

betapa dunia ini dalam sekelipan mata menjadi suatu dunia baru; hanya semata2 kerana cinta. tergamam aku bagaimana bulyon yang dahulu aku geli untuk cecahkan ke lidahku kini jadi antara yang paling aku suka. terkesima aku bagaimana bourzhan yang menjengkelkan dulu kini jadi keluarga yang paling aku harga. terdiam aku bagaimana bishpalmak yang mampu memualkan pangkal usus aku itu kini jadi hidangan yang paling aku tanya.

semua kerana cinta.

*terdiam*

kalaulah dalam dunia ini SEMUA orang bercinta. bukan cinta2 pavillion. bukan cinta sex-and-burn. bukan cintamati bertubi2 kemudian putus dimati2. bukan cinta kerana cinta. tapi cinta kerana dicinta. dan dunia akan jadi terlalu cantik untuk didiami.

*diam lagi*

bila manusia berhenti mengejar, manusia akan aman.
dunia ini terlalu jahat sekarang-- berbunuh2, berperang2.
semua kerana cinta juga. maka bagaimana boleh dikata akan tenang?

kerana cinta yang ramai kita pegang adalah cinta kerana cinta.
cinta kerana kita yang suka.
cinta wang.
cinta barang.
cinta orang.

mana boleh senang?

kita yang kejar. dan benda yang dikejar akan setiasa di depan. kerana itu namanya dikejar.
dan menjadi manusia biasa yang tidak reti bersyukur apa yang ada, kita takkan mahu benda yang ada di depan mata. kerana nikmat berborak hebat cuma ada bila kita bercerita kita ada benda yang susah didapat.

orang tak ternganga kalau kita cerita kita beli nasi.
orang tak terpana kalau kita cerita kita ada kerusi.
tapi kalau lamborghini--

*potong ayat sendiri*

cinta kerana dicintai itu bagi aku adalah sebaiknya. cinta yang tak perlu dikejar. cinta yang mengetuk muka pintu dengan comot wajahnya, bersedia dimaki tak sedar diri. cinta yang jujur "aku ini apa yang terlihatkan dan itu saja". cinta yang jenisnya ada namun tak terpedulikan siapa2 kerana sentiasa ada.

*diam*

terlalu banyak perkara dalam dunia ini yang indah dan mampu mengindahkan.
namun di setiap masa kita tidak perasankan sehingga ia sudah tidak ada.

kalau kau tanya aku; harta yang paling aku punya pada jam 11:51 pagi di bandar kecil ini, di uralsk, kazakhstan-- negeri di sempadan russia ini-- cuma satu;
lelaki itu yang sedang bergolek2 di antara selimutnya sambil merengek2 tidak boleh tidur.

lelaki itu--
suami aku itu--
yang tidak aku kejar itu;
yang mengetuk muka pintu dengan comot wajahnya,
bersedia dimaki tak sedar diri;
yang jujur "aku ini apa yang terlihatkan dan itu saja".

kerana aku adalah tipikal manusia tamak yang jiwanya terlalu liar dan gemar memburu.
yang selalu lupa gunanya kaki sehingga nanti terlumpuh berdiri.
yang selalu alpa ada jari sehingga nanti terhilang kendiri.

dunia-- seperti aku-- perlu bersyukur dengan apa yang ada;
bukan berkeras untuk mengejar apa yang disuka.

*menung*

dan sehingga dunia yang seperti aku ini berhenti mencari,
tempat ini takkan berhenti memati.

*diam*

we can make this a better place.
percayalah.
all you need is love;
beetles pernah cakap.

:)

terima kasih tuhan kerana kesempatan ini. kerana dibagikan aku nikmat merasa cinta sebegini.
kerana dikasikan aku berkat dan syukur memenuh hati. terima kasih dipulangkan aku ke sini, di tempat penuh sederhana dan jauh dari materi, di tempat jenuh sesiapa yang mahu mencari.

terima kasih tuhan kau izin aku kembali,
diteman suami yang mencinta aku sepenuh hati;
cukup-- aku tak perlu apa2 lagi.

*senyum*

aku kini hidup. berbekal mata baru lewat mata suamiku. seperti sang rabun yang dulunya memandang dengan sekadar persepsi dan teka2-- aku kini jelas lihatnya.

*senyum lagi*

tuhan,
izinkanlah setiap manusia merasa apa yang aku rasa.

Sunday, October 9, 2011

berdua. di jauh.



dah tiba.
:)
akhirnya;
berdua.

betapa tuhan paling memberi.
doakan kami di sini.




ps: untuk apa saja, emailkan aku.
aku sudah jauh.

aku minta kalian rindu.

Saturday, August 27, 2011

29

usia ke 29.

tidak ada kerja.
tidak ada rumah.
tidak ada anak.
tidak langsung mewah.

tapi;
masih dicinta lelaki yang sama.
masih dimanja.
masih ketawa.

29 yang paling miskin.
namun tetap yang paling kaya.


sampai tua.
kan?


Friday, August 26, 2011

eleh--

benda yang paling ramai kita benci ketika kita demam atau selsema adalah apabila manusia sekeliling berlumba2 menjadi superdoktor dengan ubat di tangan kanan dengan air segelas di sebelah kirinya.

mereka, superdoctor tadi, dengan suara yang dilenturkan menepati desibel maksimum yang terlarat sang pesakit terima itu, akan menyuruh / memujuk / memaksa kita menelan setiap butirnya; seolah2 semua ubat2an di dunia ini berperisa aiskrim vanilla atau kentang goreng mcD yang dipercumakan rempah shaker. mungkin superdoktor tidak perasan, kalau aiskrim vanilla dan kentang goreng berperisa MSG itu sendiri terasa seperti lendir getah di tekak kita, apakan lagi ubat2an itu-- walau semesra mana pun warnanya.

tapi itu bukan fokus entri pagi ini, malangnya. itu terlalu cetek. tidak juga akan aku cecehkan tentang superdoktor2 yang tidak ada niat lain selain mahukan penyembuhan segera kita (harapnya). tulisan ini tentang aku.

*pause*

ye. tentang aku. tapi bukan aku sebagai satu persona. tentang aku sebagai konsep. shit. bukan. tentang apa ya?

*pause*
*baca semula dari pangkal*

tidak. ini bukan entri tentang sakit demam segala. tapi bertahanlah sebentar dengan tulisan tentang aku dalam metafora dan simbolism orang sakit, superdoktor dan ubat2an ini. i'm getting there. you'll see.

*pause*
*hirup nafas lama*
*hela*
*senyum senget*

ok. begini. perasan tidak-- apakah yang lebih menyakitkan selain disuruh / dipujuk / dipaksa menelan ubat? jawapan: "elah~ makan ubat je kot-- bukan suruh mati". padahal, bila manusia2 itu demam atau selsema-- dua kali lima.

"eleh".

tuan2 dan puan2,
superdoktor2 sekalian,
perkara yang paling faktap ketika kami sakit adalah apabila kami dikasi "eleh".


apakah itu "eleh"?

"eleh" adalah konotasi biasa sifat memperleceh. atau merendah2kan kemampuan / keupayaan orang; yang mana di banyak masanya, "eleh" itu berdaya untuk mencalar ego manusia yang direndah2kan tadi. atau secara mudahnya, "eleh" adalah cara halus yang digunakan untuk menggantikan perbuatan menganjing.


bagaimana terjadinya budaya "eleh"?

biasanya bermula dari rumah; dengan persekitaran adik-beradik yang terlalu competitive demi perhatian ibu bapa-- along hendak tunjuk jaya, angah hendak overshadow, uda rasa invisible, adik rasa tak ambil port. normaliti bersambung di sekolah apabila mereka bersaing demi pujian guru (yang mana bersangkut paut dengan report card untuk dibagi pada ibu bapa tadi).


cara2 menggunakan "bahasa eleh"

ayat2 dan frasa "eleh" boleh dibaca dgn intonasi yang vague-- sama ada secara langsung atau secara sarkastik-- mengikut kerapatan persahabatan pemberi ayat2 dan frasa tersebut. formulanya: lebih jauh jurangnya, lebih celakalah pedasnya.


1) dalam ayat cover line.

amirah lafazkan cinta pada ayob. ayob terkejut dan gerak tubuhnya mengatakan dia tidak ada hati pada amirah. amirah bertepuk sebelah tangan. amirah kata: "eleh~ perasan la tu. aku saje je test" sambil menumbuk bahu ayob dengan harapan akan kelihatan tomboi ala2 laila isabella.


2) dalam ayat perli.

amina demam. amina tidak suka makan ubat. tini, rakan serumahnya dalam selang tiga jam pasti akan memastikan amina telan ubat doktor, atau sekurang2nya panadol. amina yang benci ubat biasanya hanya akan makan selepas berminit2 dileter tini yang mengulang2 "demam kenalah makan ubat, bukannya mati pun". dan bila datang hari tini demam dan tini pula yang malas mengambil ubat, ina kata "eleh, demam kenalah makan ubat, bukannya mati pun".


3) dalam ayat menghina.

di kategori ini, biasanya perkataan "eleh" akan diikut dengan frasa "bukan aku tak tahu", disambung dengan kebenaran yang paling menghiris. contoh: "eleh, bukan aku tak tahu dia anak pungut", atau "eleh, bukan aku tak tahu dia yang perasan azri syokkan dia" atau "eleh, bukan aku tak tahu dia dah tak vejen. eww."


4) dalam ayat menjawab.

"eleh" di sini hanya akan relevan bila mana point yang digunabalas adalah tepat. sila pastikan hujah benar2 sahih sebelum menggunakan "eleh" dalam ayat kategori ini-- atau anda hanya akan memalukan diri sendiri. dan sila pastikan juga hujah balasan adalah LEBIH HEBAT dari tuduhan.

contoh gagal:
ammar: "kau ni rosli-- kaki mabuk!!"
rosli: "eleh~~ kau tu tak pernah ponteng kelas. loser!"

--tidak berjaya.

contoh gagal teruk:
ammar: "kau ni rosli-- kaki mabuk!!"
rosli: "eleh~~ kau tu jeles"

--watdefak.

contoh betul:
ammar: "kau ni rosli-- kaki mabuk!!"
rosli: "eleh~~ kau tu gay, pastu kau lak tu yang bayar kau nye partner, pastu kau tu tak pernah ponteng kelas, pastu kau STILL fail, pastu kau jeles sebab aku pass"

--10 markah.




*senyum*
seumpamanya-lah.
*senyum lagi*

entah macammana, kita sudah terbiasa dengan budaya eleh. setiap peringatan (tentang apa sekali pun juga) pada normanya akan terjahit sebaris "eleh". bahasa eleh sudah menjadi slanga kita manusia. sudah jadi tidak pelik. sudah diterima masyarakat. kita lebih toleransi pada ayat2 eleh dari ayat2 carut. kita lebih okay dgn "eleh" berbanding gurau "babi lu mana hilang lama aku tak nampak".

kita sudah lali dengan meng"eleh".

*pause*

mungkin kerana itu kita selalu "eleh" dalam semua perkara. sebab kalau kita perasan, keempat2 penggunaan "eleh" itu adalah contoh2 situasi kita sehari2 yang memang secara autopilotnya defensif.

kita nampak orang minta sedekah di kedai makan, kita tak mahu kasi seringgit. untuk menyedapkan hati, kita kata "eleh~ sindiket". kita tengok orang hodoh dapat kekasih superhot, kita kata "eleh, mesti banyak duit berbukit2". kita dengar orang nasihat kita ke arah kebaikan, kita tak terima, kita kata "eleh, dia lagi teruk dari aku-- sekurang2nya mental aku tak sakit".

*pause*

macammana aku nak cakap ek.
ini bukan pointnya jugak.
aku bukan nak cerita pasal "eleh".
ah! mangkok aa kau, fynn!!

*pause*

dari dulu, dan masih ada berbaki sampai sekarang, bila datang hal hijab, aku cepat2 akan meng"eleh". kiri kanan aku perempuan berhijab. macam2 pesen. yang bercangkuk. yang berbungkus. yang berkelip2. yang macam berjalan dgn gelap. macam2. tapi dalam beratus perempuan berhijab itu, sekor2 tak solat. yang bolos2 boleh kira. yang sempurna-- bilang dengan jari.

aku tak pernah tanya. soalan ini, seperasan aku, seolah2nya taboo. seperti haram diutarakan; melainkan mahu perbalahan tak bersudah. lihat saja di status2 fesbuk. yang feminis menjawab dari aspek hak. yang ortodok menjawab dengan petikan surah dan hadith. yang bertudung tapi tak solat menjawab dengan "eleh~~ sekurang2nya aku berhijab". yang tak solat tapi tak bertudung menjawab dengan "eleh~~ sekurang2nya aku tak hipokrit".

yang menang? yang tak berhijab dan tak solat.
mereka menjawab dengan "bila la metallica punya tiket nak keluar ni?"

ini bukan isu siapa betul atau salah.
*pause*
ok. obviously statement itu salah-- kita memang tahu apa yang betul apa yang salah.

entri ini.
entri ini bukan aku niatkan untuk menuduh betul atau salah.
sebab yang terang tak perlu disuluh cerah.
kita tahu itu.

buah yang meranum, kalau tak dibungkus, memang menunggu dihurung perosak.
buah busuk yang berbungkus, luarnya cantik, dalamnya haprak.
lambat laun disedar tuan, silap2 ditakik terus dilempar dihentak.

dua2 jahanam.
tak ada beza mana lebih bagus sedikit, mana lebih hancur nak dihumban ke parit.

*pause*

ini masih bukan point aku dalam entri ini.
ah. bangsat.
apa kena dengan aku, sialan!

*pause*

beberapa hari lalu, seorang lelaki meninggalkan sesuatu di ruang komentar.
dia kata sesuatu tentang kalau aku, dengan peneman tepi jalan yang beramai ini, menyeru pada kebaikan dan beramai2 itu mengikutnya-- dunia akan jadi lebih indah untuk aku; seterusnya membikin aku mahu terus memperindah diri aku.

*diam*

pada umur aku yang esok hari akan menjadi 29, aku-- perempuan penuh cela dan hina ini, yang masih belum ada daya untuk menyempurnakan aurat aku ini, meminta cuma dua perkara ini:

pertama.
ayuh. sama2. solat.
wallahi. tidak mungkin aku bohongkan yang ini.

dengan beribu2 soalan yang sama setiap hari aku terima, tentang soal2 tentang cinta dan lelaki dan perempuan dan dunia, tentang bagaimana aku bernafas kembali setelah lebur ranap ke tulang-temulangnya; ini jawab aku.

solat.
solat.
solat.

kalau tak termampu sendirian, ajakkan teman2. kalau belum kuat setiap waktu sempurna rakaat, cubakan yang terlarat. kalau cuma engkau yang mahu berubah, buangkan mereka dan biar tuhan bawakan engkau ke arus yang dia mahu. kerana kalau cuma engkau yang mahu berubah, perubahan akan mencelakakan engkau itu.

solat. tak kiralah bagaimana sudah usia kita lewat. selagi sempat. solat. kembali pada dia. dan mengadu. kalau bahu manusia yang kita tumpang mampu menanggung airmata kita, bayangkan luasnya tuhan yang memang bersumpah mengasih dan mencinta kita.

kedua.
hijab. ayuh. tanamkan janji dalam hati untuk bersegera berhijab.

namun, aduhai adinda2 sekalian, kalau tudungmu itu nanti semata2 penyamaran dan pakainya cuma untuk mengabur mata dunia, tanggalkanlah sahaja.

ini suara hati aku, dan bukan semua jelata.
apa yang aku rasa ini, milik aku, dan minta jangan ada siapa2 merasakan ia dikhusus buat saudari2 secara sengaja.

kerana bagi aku, apalah hijabmu kalau bertelanjang, kalau tutupnya rambut semata, kalau buatnya tanpa solat pengepung dosa? kerana sesungguhnya, ciri2 seperti itulah yang menjadikan aku zalim pada diri sendiri dan agama aku. kerana benci aku pada normaliti memuji luaran tapi tidak dalaman, normaliti berhijab tak solat itu lebih bagus dari bersolat tak hijab-- aku jadi sang bodoh yang menolak hijab.

*pause*

ya hayyu ya qayyum
birahmatika astagheethu
aslihni sya'ni kullaha
wa laa takiluni ila nafsi
turfata 'ainin.

*pause*

ye.
aku dapat dengar sayup2 dari komputer engkau.

"eleh".

Saturday, July 9, 2011

lagu bohong

negaraku
tanah tumpahnya darahku
rakyat hidup
bersatu dan maju
rahmat bahgia tuhan kurniakan
raja kita selamat bertakhta

rahmat bahgia tuhan kurniakan
raja kita selamat bertakhta








bohong.
lagu ini bohong.
yang aku dan anak2 aku ada cuma bohong2 yang terang.

tanahku--
sudah terkuak amannya.

lagu ini--
sudah tidak lagi lagu negaraku.

tapi lagu rakyat,
yang sedang sedikit2 dilupa orang.

Thursday, June 23, 2011

bagi

abah paling tak suka perangai aku yang satu ini:
kuat menjawab.
abah selalu kata:
"satu kita cakap, sepuluh dia balas"

benar. aku suka mencantas.

tapi aku beruntung, sebab dalam keluarga aku, semua ada hak untuk menjawab.
ada peluang mempertahan fakta.
kenapa angah buat macam tu.
kenapa along balas macam tu.

semua diajar jadi peguambela.
memberitahu sebab musabab di hadapan hakim yang bijaksana.
hakim itu --biasanya dia.

standard-lah.
haha.

jadiklah. kena sebat pun, sekurang2nya aku dapat cakap apa aku rasa. walau mungkin rebuttal point aku tidak relevan mana, kepuasan untuk didengari pendapatnya ada. untung2, nanti2 akan difikir semula sahih tidak fakta yang dibagi tadi2nya. kalau selepas ditimbang-tara ada masuk-akal-nya, menang kes. kalau tiada -memang bernanahlah telinga dipulang-paku-buah-keras-nya.

*gelak kecil*
so make sure you KNOW your shit before you bullshit.

sebab bak kata kekasih aku --dan berpuluh2 kali juga aku kongsi sini:
semua orang rasa dia betul.

jadi hak untuk menjawab itu tidak mungkin tidak --mesti ada dalam kita.
hendak menjawab kuat2 atau cuma dilegar2kan dalam raga;
itu saja bezanya.

:)

maka 'ya' (secara hurufbesarnya),
aku jatuh di bawah kategori pertama:
golongan yang kuat menjawab kuat2.

pernah di suatu usia dahulu, ketika yang aku fahami di sekolah adalah "tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima". abah pangkahkan dengan "jangan diajar membagi pada kawan2nya".

aku marah.
sefaham aku, tangan yang di atas itu selalu dimuliakan, lebih dipujikan, lebih dihormatkan.
kenapa tidak boleh aku tegap berdiri hidup memberi?
bukankan memberi bahagia itu mendatangkan bahagia kembali?

abah selalu bising dengan memberi alasan2 yang aku tak mahu peduli.
sering; perbahasan dan perdebatan bertangguh2 dan tak terhabiskan.

abah bawa bas sekolah. dalam basnya ada banyak jajan. setiap pagi aku ambil segenggam untuk di sekolah aku kasi2kan. sebab aku tak ada kawan. jajan adalah jawapan aku untuk dikerumunkan. untuk merasa diperlukan. waima di sekejap itu, aku tahu aku dicarikan.

abah bukan marah pasal jajan yang aku ambil itu, rasanya. sebab abah selalu kata: "kalau fasal makan jangan lokek, jangan berkira". maka kenapa abah marah aku ambil jajannya semata2 untuk dibagi2 pada semua?

abah pun bukan mendidih pasal aku kasi2 percuma. sebab abah selalu belanja anak2 dalam basnya sambil menjerit: "nah nah. siapa mau lebih gula2?". maka kenapa abah mendidih bila tahu aku pun sama?

serabut, kan?
maka aku pilih jalan paling mudah:
buat apa aku rasa.
bagi dan bagi dan bagi.
bagi semata2.

aku bangga kerana aku berjaya membukti fakta yang aku jawab2kan pada abah itu betul dan menjadi. perasaan membagi itu terpaling memuaskan hati. selama begitu lama, perasaan membagi itu mendatangkan sentosa dalam diri. selama begitu lama --yang mana tidaklah lama mana.

kerana aku menyedari dengan membiarkan diri direputasikan sebagai pembagi, aku sudah tidak boleh lari. aku perlu terus bagi dan bagi. dan bagi dan bagi. kalau terlupa jajan dalam sehari, takkan terlarat wajah aku diangkat kembali. tetap diminta lewat matanya atau pada yang kasar, diminta terus dengan bertanya.

ina tanya: "mana jajan hari ini?"
ila beri hati: "tak ada jajan ya... tak apalah... lain kali..."
ida pelik: "kenapa tak dibawa jajan lagi?"
ita kecil hati: "nak buat macammana... orang tanak bagi.."

kelakar bagaimana HANYA selepas tersedar, kita takkan mampu mengembalikan impresi pertama. sebagai contoh, hanya selepas kita terperasan ali makan gelojoh --baru kita sedar buruknya mimik dia ketika mengunyah, bisingnya mulutnya berdecap, kecohnya dia mengecah. tidak sebelum itu.

aku kira, begitulah rasanya para pembagi selepas disedari wujudnya dia hanya untuk memberi. seperti bahagia membagi itu sudah tiada, yang ada cuma perasaan berjauh hati. nak diberhenti tak ada daya. nak diteruskan, dah hilang jiwa.

maka aku terpaksa akukan.
debat aku dengan abah yang ini memang aku yang kalah.

boleh untuk membagi.
tapi jangan diajar orang keliling menjadi penerimanya.
sebab itu dalam agama sebaik2 hadiah adalah yang tidak diketahui.

sebab manusia itu serigala,
sekali kau bagi jiwamu sebagai makannya,
sampai bila2 dinanti2 di depan pintu dengan mulut ternganga.

*diam*

shit.
i hate to say,
abah, you are right.

kalah lagi.

Wednesday, June 15, 2011

projek konserto

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

alhamdulillah.
selesai projek kesian, sekarang ada projek konserto.
aku dalam proses mencari siapa2 yang berminat untuk menjadi jentera tepijalan untuk mimpi ini.

nah.


source:


--------------------------------------------------------------------------------


baiklah.
cut to the chase.
straight to the point.

apa KEBENDE nye jentera tepijalan ini?



1) JENTERA TEPIJALAN
--------------------------------------------------

jentera = pekerja
tepijalan = keluarga effjay (khakhakha)

kesimpulan = korang adalah orang suruhanku. BWAHAHAHA. ok tak. ini adalah group KHAS utk saya dan awak2 bincang2 tentang projek baru kita: PROJEK KONSERTO.

awak dibenarkan untuk menjemput sesiapa sahaja ke dalam group list ini DENGAN SYARAT mereka menepati kriteria di bawah; TOLONG fahamkan yang INI BUKAN grup yang dicipta untuk berkawan saja2 demi bertanya "hari ini makan lauk apa" atau "eh, ai tak suka la ada budak poyo kat wall yu". ini adalah grup KAWAN2 saya yang ikhlas mau JADI jentera tepijalan.

andai ada di kalangan awak yang nampak tidak jujur dalam sini, maaf, saya akan jerit "geddauttt". dan lagi satu: sini TAK MAU ada puak2 ke, nak gaduh2 ke. okay? borrrrrringgg~~

kriteria utk terus ada di sini:
a) benar2 mahu terlibat dalam projek konserto
b) jujur dan sungguh2 mahu jadi team tepijalan; atau bahasa mudahnya, tidak main2 mahu jadi famili kecil kami

itu sahaja. senang, bukan?

oh ya. sebelum terlupa. semua post di wall yang awak mulakan akan saya delete dan jadikan topik baru DARI SAYA. sbb saya tak mau ada kekeliruan. lebih senang merujuk kalau cuma satu suara sahaja. saya bukan veto dan padam buta2. saya suka sistem. itu je.

*pause*

ok. saya nerd.
(-_____-)"



2) PROJEK KONSERTO
--------------------------------------------------

ini adalah projek yang agak besar. insyallah, kalau lancar perjalanan semuanya, kita akan ada tour seluruh malaysia, dgn target audience --universiti dan kolej. kalau tempat lain awak nak cadang, cuba je la. saya tanya sama inche producer.

projek konserto bukan tipikal indie gigs. kita akan bawa sound team khas yang membawa kualiti PA system berharga rm10k. yep. you read that right. 10 ribu ringgit. yep. tak percaya, kan?

tak apa. masa semua orang kata tak mungkin akan ada 350 orang untuk projek kesian, we proved them all wrong. kan?

saya serabut juga masa inche producer bentangkan benda ni. tapi setelah 2 jam lebih, saya mula nampak jalannya. dan saya harap awak juga sebaik sahaja selesai membaca ini.

projek konserto akan menjadi tour pertama yang direalisasikan dengan semata2 konsep perasan. HAHAHA. *pause* serius. projek kesian pun kan projek perasan? kikiki.

showcase ini akan menampilkan performasi saya, tri dan performer jemputan (mengikut lokasi). bermakna, di setiap lokasi, kita akan pastikan opening act dan intervention act adalah performer2 PILIHAN JENTERA TEPIJALAN. saya dahulu bermula dari bawah. TERLALU ramai manusia yang tolong saya dari dulu. INI adalah masa untuk saya tolong orang lain pula. kan seronok, begitu?

jadi usah risau. kalau pun performer itu TIDAK PERNAH menjejak kaki ke atas pentas, peduli hape. setakat ini, SEMUA team tepijalan yang mengikut saya memanjat pentas BUKAN orang jahat yang prejudis. kita suka SEMUA art, kan?

kecuali art yang dibuat DEMI nak fame bodoh atau art yang tidak jujur (contohnya sebab art tgh kool).

oh ya. sebelum terlupa, SEMUA 350 pemegang cd projek kesian adalah VIP. mereka masuk free. dan duduk depan sekali. tak kisahlah kalau mereka pergi ke semua venue, MEREKA TETAP FREE.

selain itu, di setiap lokasi juga kita akan ada penjualan merchandise seperti t shirt, cd dan ranap. kalau ada siapa2 yang hendak buka booth di lokasi awak (jual cup cake ke, jual bundle ke, jual zine ke, apa2 sahajalah) terpulanglah pada awak untuk ambil caj meja. itu awak anggap side income la. jgn caj mahal2, dosa. ingat, kita kena SELALU niat nak tolong orang. bila org seronok, kita akan seronok.



3) JOBSCOPE JENTERA TEPIJALAN
--------------------------------------------------

a) buat satu kumpulan kecil di lokasi awak.

tidak kisahlah berapa orang. tapi biarlah jujur adanya mereka itu untuk bekerja dan bukan untuk tiket free.

yang penting, ada yang berikut:

i) kepala lokasi
= menjaga sayap kanan & kiri
= mengetahui semua angle di lokasi pilihan mereka
= mendapatkan 3 performer jemputan
= mencadangkan hotel berdekatan
= memecahkan rahsia tempat makan wajib

ii) sayap kanan
= mereka akan fokus pada pencarian venue

iii) sayap kiri
= mereka akan pantau setiap penjualan / pembahagian tiket

saya tidak ada masalah kalau awak memilih untuk buat kerja seorang diri. tapi takut pulak orang panggil awak gila kuasa. tapi saya takdehal. yang penting, awak larat.

sebaiknya cari kawan2. tak perlu satu tempat belajar / kerja. nak ajak sepupu pun tak apa. tak ada boundaries.

oh ya. kalau ada yang mahu saya lepak makan nasik rumah mak awak ke, tumpang sembahyang rumah abah awak ke, saya tak ada masalah. saya suka je. dan jangan risau, kru pentas takkan join. HAHAHA. nak mampuih? dah macam iklan raya kfc yg dtg sekampung pulak.


b) cadangkan venue awak pada saya.

boleh jadi kampus awak. kolej awak. universiti awak. padang sekolah awak. tapi rumah jiran awak yang ada halaman sebesar padang tak boleh la ye. nanti kena ada surat polis. leceh.

yang terbaiknya adalah dewan tertutup. sebab PA system kita GILA. serius, ni. projek ini grand. jadi bayangkan perasaan performer pilihan awak dapat merasa showcase dgn kawalan pentas oleh orang professional. dgn sound system nya, dgn lighting nya, dgn smoke machine nya. banyak juga barang di sponsor ni weh~

*pause*
ok. tiba2 aku pulak yang cuak.
*unpause*

lokasi yang awak cadangkan akan menjadi ID team awak. contohnya, "team UIA" atau "team UTM" atau "team ulu kinta". bersekali dengan itu, perkenalkanlah jentera tepijalan yang berada dalam team awak.


c) deal dengan venue owner.

kalau awak tak pernah --inilah masanya. awak cuma perlu ambil tahu apa prosedur untuk book venue; tarikhnya, kapasitinya, bla3. note: siapa2 yg pernah ada pengalaman, boleh bagitahu. kita share sini.

yang paling mudah, kalau awak ada kelab / persatuan, awak mohon sebagai program. contohnya malam apresiasi seni ke, malam prom ke, malam bersama fynn jamal ke. tapi JANGAN SEKALI2 bohong dalam kertas kerja --cakap ini kursus mandi jenazah pulak. tak baik bohong. dosa.


d) book tarikh di sini.

bilamana saya sudah boleh release anggaran tarikh, saya akan buka di grup ini. kita akan sama2 cari jalan tengah supaya cantik sahaja susunan projek konserto kita.



4) TIKET
--------------------------------------------------

ok. this is the hard part. memandangkan kita perlu cari rm 10k (in which sebenarnya untuk apa yang dibagi --kategori ihsan la harganya itu), saya mensasarkan rm 20 - rm 30 per tiket.

op op op. jgn melatah dulu.
harga tiket masih dalam perbincangan.

sponsor akan masuk, cuma inche producer sdg berkira2 dgn sini sana. kita kena faham yang ini adalah projek besar. saya sengaja anggap sponsor tidak ada sebab saya suka plan for the worst.

ok. kalau rm 10k dibahagi rm 20 = kita perlu cari 500 orang.
kalau rm 30 = 350 orang.

kalau dapat lebih dari jangkaan, KITA ENJOY DI HUJUNG HARI. hahaha. tak. kita akan masuk petty cash dan bila selesai SEMUA tour, kita akan kekah duit itu beramai2. makan2 bersama ke, gi pulau ke, sponsor semua team semenanjung pergi sabah serawak ke.

PERGH.

rasa macam mustahil untuk dapatkan jumlah itu dalam setempat, bukan? tak apa. boleh! kita boleh!

sebab itulah kita adakan grup ini. to work together. contohnya, di johor ada 3 team; bermakna 3 lokasi. kalau tidak cukup, gabungkan ketiga2 itu. insyaAllah dapat jumlah yang kita mahu.

sebab itu jugalah kita mahu awak cadangkan performer pilihan. semestinya performer pilihan awak akan membawa crowd mereka juga. kan? :)

dan KALAU masih tidak cukup, tak apa. kita teruskan juga. sebab pandailah saya cari balance yang tidak cukup itu dari mana2. jangan risau, saya takkan merompak bank. cuma orang tidak dikenali sahaja saya ragut. hahaha.



5) "APA AKU DAPAT?"
--------------------------------------------------

honestly; nothing. just friendship. itu sahaja. dan kesudahan yang sesungguhnya hanya tuhan tahu apa habuan yang saya fikirkan untuk awak2 --cuma tak mau saya cakap --sebab takut suwey.

saya bukan orang yang paling banyak duit. saya paling selalu broke. tapi saya rasa, ramai awak2 tau siapa saya yg sebenar2nya. saya tak cari materi. saya cari famili. saya selalu ada mimpi yang bila saya ke mana2, kita akan bergerombolan sama2.

us whole bunch of losers.
with me; yours truly, as the mayor.
hanya itu yang mampu saya offer.

and of course, you're forever my VIP --bersekali dgn all those three-hundred-fifty.
:)







ok. rasanya, so far, itulah dia. secara kasar, apa yang saya dan inche producer fikirkan, telah saya tulis satu-persatunya.

apa2 soalan, tanya sahaja.

selamat pagi gelap jam 3.33am, jentera tepijalan.
with love;

fynn jamal.




--------------------------------------------------------------------------------

untuk jemputan ke fb group Jentera TepiJalan, sila email aku di fynnjamal82@gmail.com dengan subjek PROJEK KONSERTO. kasikan id fb kalian, dan akan aku invite secara personal.

hanya mereka yang sungguh2 akan dijemput ke situ nanti.
:)

ps:
aku kuat berangan, kan?

HAHAHAHAHAHAH.

Tuesday, June 7, 2011

lari

kita adalah generasi yang diajar untuk lari.
kita adalah bangsa yang dididik dengan memuji mereka2 yang lari itu --hebat;
demi mengelak konfrontasi.
supaya kurang kontroversi.
kena buang provokasi.

bagus.
memang bagus.
sifat tidak menerima pergaduhan itu begitu patut disorakkan.
kerana konfrontasi, kontroversi dan provokasi adalah bersamaan dengan pertelingkahan, pergaduhan dan perdebatan.

itu bagi ramai orang.
betul.

betul,kan?


*pause*


entah.
bagi aku --salah.

masyarakat kita telah seperti diajar konotasi tiga perkataan tadi --konfrontasi, kontroversi dan provokasi-- itu sebagai negatif semata2. maka, perbuatan membiarkan diri terjerumus di dalam tiga situasi tersebut adalah tidak sahaja bangang, malahan gila. berselari dengan itu, kita lari dari tiga kemungkinan tadi demi menjaga kesucian moraliti kita sebagai manusia yang sejajar dengan definasi manusia beretika.

manusia beretika takkan bergaduh.
ye. tang itu aku setuju.

namun,
persoalan aku:
bagaimana perihalnya kalau tiga perkataan tadi;
pertelingkahan, pergaduhan dan perdebatan itu tadi,
kita amalkan secara betul dan bersivik?

bertelingkah dengan sopan.
bukan:
"mak bapak kau memang anjing sebab ada anak perangai macam anjing"

bergaduh dengan tersesun.
bukan:
"sabar la mangkok, bagi aku habis cakap dulu. bangsat barua balachi kau sialan"

berdebat dengan bahasa.
bukan:
"betapa la kau ni bodoh ek, apa je kau cakap semua bodoh. babi merah pun lagi cerdik"


*renung muka kalian sambil angkat kening, memberi simbolisme bertanya*
biasa, kan?

terlalu biasa kalau kita dengar tingkah tengking sebegini.
seperti sudah tidak ada apa.
asal bertengkar, lebih kurang begitulah bunyinya.

mesti ada unsur degrading atau penghinaan perkara yang tak termampukan untuk dibetah. seperti wajah buruk. agak2lah. kalau memang dia lahir dengan hidung kemek, kulit hitam berjerawat; dia hendak buat macammana? takkan itu alasan kau untuk mengatakan KERANA dia hidung kemek, kulit hitam berjerawat itulah mulutnya macam longkang di loji kumbahan?

mesti ada elemen siapa-lebih-betul. tak kiralah kalau dua2 ada betulnya, atau dua memang ada salahnya. persoalan yang lebih penting adalah siapa yang ada lebih. semua hendak menang. mahu nombor satu. dapat nombor dua tidak cukup.

mesti ada sifat territorial. besarkan empayar. siapa sokong aku. siapa mahu hidup bawah sayap aku. dulu aku selalu fikir sifat ini persis ulat2 MLM yang mencari pecahan2 baru di bawah cabangnya. baru2 ini, selepas aku tonton national geographic tentang dubuk dan singa, aku ubah. sifat menjaga territori ini menjadikan kita tak ubah macam binatang.

haih.
berikut adalah teori bodoh aku di tengah2 malam pejus yang tidak berbintang ini. beberapa jenis manusia bila datang situasi pergaduhan.

satu)
superhero.
memang ketagih sama adrenalin pergaduhan.

penerangan:
jenis yang merasa didih sehingga terketar geraham dan berdentum2 jantung di dalam, yang memang mengharap terperciknya api kegamatan. entah. mungkin ada sesuatu yang dimenangkan kalau sungguh dia menang pergaduhan itu --mungkin trofi, mungkin sekadar penghargaan diri.

simptom:
i. menggemari frasa "kamon bitch mek mai dei" walau pun sekadar di dalam hati.
ii. terlalu suka menjadi penyelamat pada humaniti. "ija kaco kau, kau lak leh lek je? biar aku woning dier, bhai"
iii. mencari salah pada SEMUA benda. waima akak ambik order makan. "saya tanak udang!! apasal letak petis dalam laksa saya!! petis kan ada udang!!?!" *tumbuk meja*


dua)
sidekick.
kalau boleh tidak mahu melibatkan diri --tapi hendak buat macammana.

penerangan:
jenis yang tersangkut di masa yang salah, di tempat yang salah, dengan orang2 yang salah; yang masih cuba mencari jalan tengah tanpa memenangkan siapa2, yang merasakan situasi tegang itu sesungguhnya begitu juvenile dan tidak ada perlunya.

simptom:
i. menggemari frasa "sudahlah! sudahlah!!".
ii. biasanya diam dan menggeleng2 kepala sedikit bila datang konfrontasi sambil mengeluh "haduhh..."
iii. namun perlu berhati2 kerana kalau tiba2 dia buka mulutnya, pasti berdarah telinga --atau mungkin pecah muka juga.


tiga)
pelakon tambahan.

halimunan.

penerangan:
jenis yang SEBOLEH2nya jadi lutsinar bila bau2 perselisihan mula menerawang, yang kalau termula sahaja pertelingkahan akan cepat2 meminta diri seperti ada komitmen di tempat lain, yang lekas2 berjalan pergi sambil mata tertumpu pada objek yang berkilometer jauhnya --cuba untuk tidak ada kena-mengena.

simptom:
i. menggemari frasa "aku tak mau masuk campur" atau "aku tak join, okkay~" sambil mengangkat dua telapak tangan selaras bahu sambil mata dipandang ke bawah.
ii. seringnya mereka ini wallpaper; ada --pun tak apa, tak ada --pun tak perasan.


haih~
*geleng kepala*

tapi ah. setuju tidak kalau aku kata, kita semua adalah ketiga2 itu.
ada masa, kita superhero.
ada masa, sidekick.
BANYAK masa, kita mahu jadi pelakon tambahan.

kita lebih suka lari.
kerana konflik tidak semudah 1, 2, 3.
kerana lebih banyak buruk dari baiknya.

kita adalah bangsa yang lebih selesa memandang dan menerima--
berbanding melakukan sesuatu dan mendapatkan pulangannya.

situasi ini biasa:
1) 3 pagi. mamak. 2 lelaki bertumbuk sesama sendiri. berlukadarah.
2) kemalangan. kereta terbakar. mangsa tersepit. meriuhrendah.
3) jalan depan sogo. lelaki memecut. perempuan diragut. melolongtolong.

setuju tidak kalau aku kata ramai antara kita yang lebih biasa menjadi kaku dan melopong? tergamam dan sekadar memberi reaksi mata sesama sendiri dan menggetus perlahan "kesian..."? alasan yang paling sering adalah "aku tak mahu menyibuk" atau "hish. jangan masuk campur".

iaitu "bukan tak mahu, tapi biar orang yang layak pergi bantu".

kita lebih selesa menjadi pelakon tambahan dalam hidup--
berbanding menjadi superhero yang jisimnya penuh adrenalin meletup.
sebab kalau silap langkah, jadi superhero akan backfire; silap strategi --memang plan makan tuan.

ini adalah perkara subjektif --mahu jadi superhero ini.
betul.
kerana cuma kita saja yang tahu apa kita layak atau tidak untuk menghulur diri.
betul.

kerana kita memang sehebat2nya cuba untuk tidak melibat diri dalam konfrontasi, kontroversi dan provokasi. kerana tiga perkara itu sesungguhnya viral dan contageous-- payah untuk diberhenti. maka yang sebaik2nya-- elak dan lari.

mungkin kerana kita diajar siapa-yang-mengalah-dia-yang-terpuji.
mungkin.

*hela nafas berat*

aku pun tak tahu apakah cakap2 aku hari ini masuk akal atau tidak.
aku sendiri tidak fasih dengan apa yang berselirat di kepala dan benak.
cuma aku terperasan dan aku rasa sedikit penat dalam hati.
kenapa kita suka lari.

aku takkan mampu untuk seru kita semua untuk jadi lebih berani.
aku takkan mahu untuk panggil kita semua belajar untuk melawan demi akal sendiri.
selagi konfrontasi, kontroversi dan provokasi masih belum dipraktikkan secara bersih;
aku takkan mampu,
maka aku takkan mahu.

semua orang ada keinginan untuk menyuarakan pendapat mereka.
semua orang ada kemahuan untuk diperdengar buah fikirannya.
namun semua orang yang ada akal lebih tahu--
semua itu seperti sia2 dan hampir tidak logik untuk diterima setiap orang kelilingnya itu.

maka kita tekun jadi bangsa yang kuat lari.
atas alasan berdiam diri itu bukan mengalah dan dikalahi.
kerana kita ada sivik dan etika dalam hidup.
kita biarkan sifat patriotik alam kebenaran itu mati dan merecup.

haih...

kerana sifat pengecut-dan-lari dalam diri inilah, baitulmaqdis rebah dalam tangan yahudi.
kerana sifat inilah kita masih jilat bontot boss dan terima siksaan mental dari hari ke hari.
kerana sifat inilah bayaran ansuran kereta kita sangkut demi memberi pinjam pada kawan yang tidak ada hati perut.
kerana sifat inilah terlalu lama kita dipanggil berulang2 sebagai bangsa pengsa pengecut.

sampai bila mahu lari?
qul al haq walau kaana murra.
katakan yang hak, walau sesungguhnya pahit.

konfrontasi, kontroversi dan provokasi.
siapa kata perlu berkonfrontasi, kontroversi dan provokasi dengan cara binatang?
berhemahlah.

hish~
aku selalu saja berlawan2 dengan kawan2 reliti atau kawan maya.
bertingkah tentang ideologi dan berpanas untuk satu2 fahaman.
aku kata satu. dia kata dua.
sehingga kalau orang yang tidak tahu, pasti difikir kami akan berputus kepala.
tapi setelah selesai pergeselan pendapat itu,
kami tetap boleh saja bergurau sama2, siap bergurau2 tinju.

boleh, saja?

*diam sekejap*

ok. aku sudah mahu berhenti.
biar aku rangkumkan.

tak salah bergaduh demi kebenaran;
DENGAN syarat memang sungguh2 kau itu dalam kebenaran.
tak salah berselisih dan mencari penyelesaian;
bukan bertikam macam anjing tak bertuan.

*pause*

eh. macam2 aku tulis ni.
nanti orang baca, terus spekulasi dalam forum.
baik aku padam semua.
aku kan kena kurangkan kontroversi.

peduli apa betul salah?
orang paling diam dan paling mengangguk yang paling berjaya dalam dunia.

kan...?

Wednesday, June 1, 2011

subuh bisik pada aku

...

kalau kita boleh bagi standing ovation pada good plot dlm filem2 hebat,
kenapa perlu kita meratap pada qada' dan qadar yg tuhan sediakan tersurat?

...



mungkin sebab aku manusia.
kalau kerana itu--
kerana sifat biasa seorang manusia itu--

semoga aku belajar malu.

fabi ayyi al-laa irabbikumaa tukazzibaan.
telah dipesan berkali2 dlm puisi terindahnya dalam ar-rahmaan.
maka apakah dua nikmat yang telah kita dustakan dari dia.
berulang2 ditanya. setiap baris ayat itu bersifir dua.

banyaknya nikmat yg diterlupakan.
haih.

aku patut berhenti berkerekotgigil menyedu sayu.
setiap ini telah tertulis.
aku perlu berhenti.
aku patut malu menjadi manusia sepelupa itu.




aku perlu malu.

Thursday, April 28, 2011

selamat hari mati

bacakan dengan hati2 dan jumpakan bayanganmu sendiri.
selamat mendengarnya satu hari nanti.
terima kasih abot, kerana sudi mengajak aku menyumbang bunyi indahnya.

ya.
abot itu.
abot penyanyi camar itu.
yang ketika sekolah aku tampalkan poster gambarnya dgn gitar tergantung di belakang sambil menoleh pada kamera.

abot itu.
siapa sangka,
direzekikan aku bertemu mata sama mata dengan dia.

:)

harap2 dipermudah.
dan ya.
aku akan bubuhkan ia dalam cd projek kesian.
dah nak siap!!
yeay!

notakaki: lirik BUKAN dari aku. tapi seorang naib chancellor di universiti tempatan. aku lupa namanya. abot punya kije. haha.


selamat hari mati.
------------------

nanti bila tiba masa engkau mula berjalan pulang
aku ingin memikirkan kau membawa cukup bekalan
cukup bekalan

ketika engkau berjalan pulang
aku tidak ingin berkhuatir kau akan tersesat jalan
seharusnya engkau telah merintis jalan itu sejak remaja dulu

ketika engkau berjalan pulang
aku ingin berbahgia melepaskanmu
dan mengucapkan selamat jalan

ketika engkau berjalan pulang
aku ingin seikhlas hati
mengucapkanmu selamat hari mati
hari mati

mengucapkanmu selamat hari mati
selamat hari mati
mengucapkanmu selamat hari mati
selamat hari mati

Monday, April 25, 2011

entri tentang manusia dan alasan yang tidak ketat perbahasannya, but wutever.

bukan aku tak mahu menulis.
bukan.
tapi semua benda akan jadi redundant sebab dewasa ini SEMUA orang menulis.

apa yang sedang panas, akan dibincangriuh di status2 fesbuk dan twitter.
bahasan yang lebih kurang sama;
atau sebijik seiras --cuma dialih bahasa.

eleh.
jangan fikir aku tidak perasan.

minah tulis fikirannya dalam bahasa melayu.
bernas.
lidia baca dan rasa "wah, hebat".
lidia tulis semula dalam bahasa orang putih, dan dilebihsolekkan dengan prosa lebih bijaksana.
gayah baca dan rasa "pergh. betul juga. aku pun dah tergerak mahu tulis tempoh hari".
gayah tulis semula dalam bahasa melayu yang lebih hip dan rapat dengan slanga dak2-die.

notakaki: dak2-die = budak indie.

lama2, penulisan jadi bosan.
dapat pula, sudah beberapa kali aku ditanya / dikomen / dipandang / ditegur kedekut.
"kau ni kedekut, sebenarnya, fynn"
"apa salahnya orang tulis lebih kurang sama?"

adui~
orang tak faham point aku.
tak faham maksud aku.
yang aku bisingkan bukan semata2 itulah!!
tapi tentang beratnya isu tekap dan tampal dalam tulisan / fikiran yang kita megah2.

"but copy pasting is not a big deal", kata ramai.
"kau berfikir macam orang kemut pelokek" bilang seorang lelaki muda.

aku penat hendak sahut.
kalau boleh, aku hendak jawab:
aku cikgu.
dan pantang seorang pendidik untuk bertoleransi pada plagiarism.

*terdiam dan terfikir*

kecuali pada pendidik pemalas yang hanya menanda secara holistik--
malas menyemak,
malas membaca,
malas mencari bukti "eh, aku pernah baca thesis ini".

entah.

kewajipan seorang penulis menjadi original sudah hilang relevan.
kerana semua orang menulis.
kerana ini zaman 2011.
susah untuk jadi perintis.
sebab semua sudah diterbitpakai.
sebab shakespeare pun peniru.
sebab semua kod mudah sudah dimainkan beatles sejak azali dulu.

*geleng kepala*

kalau hendak begitu, baik kita duduk dan mati.
sebab buku ilmu paling sempurna sudah tersiap dari terselesainya pengumpulan al-quran.
maka untuk apa berfikir?
semua sudah tertulis.
buat apa kita sibuk2 lagi?

*hela nafas berat*

manusia dan alasan.
lantak engkaulah.

kenapa kita masih gemar jadi pengikut dan tidak pemula, aku pun tidak terfahamkan.
sukahati engkaulah.

penat.

maka, atas dasar itulah aku kurang menulis.
bosan dengan redundancy yang keterlaluan dek kebebasan penulisan tanpa batas.
kita masih di takuk lama --mengangguktunduk dan terliuklentok dengan majoriti.
atau minoriti yang hip dan kool dalam definisi tersendiri.

masih di takuk lama--
cuma kini kita ada blog, fesbuk, twitter, seumpamanya.
kita tetap:
di takuk lama.


tak percaya?
aku bagi satu contoh.
hal jajan di kantin.

dan-dan ketika pengharaman jajan di kantin,
SIBUK semua menghegeh2 rebuttal point yang sama.
"budak2 obese makin ramai di malaysia" la.
"nasi lemak memang mengiblis tubuh" la.
itu la.
ini la.

dan bila ada yang bangkit menyelar penudingan jari membabi buta itu
(mungkin speerti aku --yang majoriti pernah ada pengalaman / atau melihan pengalaman ibubapa / kawan2 menjadi penjaja murah),
tiba2 terus seperti ada reformasi orang2 kebanyakan.
sampai terus pakar nutrisi bagi kenyataan yang peniaga2 tak patut dipersalahkan.

budaya penulis bermusim.

yang mana agak mengecewakan, kerana sepatutnya, dengan 10 cetusan fikiran, seharusnya ada 10 sudut pandangan.

oh tidak, tidak.
tidak semestinya bercanggahan semata2.
atau bersetuju buta2.
perbincangan tidak sewajibnya cuma memberi 3 kemungkinan jawapan: ya, tidak atau mungkin ya mungkin tidak.
perbincangan seharusnya membuka ribut yang pada akhirnya akan menyelongkar celah2 tanah akal yang selama ini tak terperasankan.

tidak faham?

begini.
aku ambil satu perkara:
incest. atau dalam bahasa melayunya: sumbang mahram.
dari yang paling asas, hujah2 biasa--
salah secara total. dan hukuman terus pada sang haruan.

kenapa tidak kita pandang dari sudut lain, sekali sekala?
ada banyak yang akan kita jumpa.
1) emak yang hilang mampu memuaskan batin sang ayah.
2) anak perempuan yang tidak malu berkemban dalam rumah.
3) emak bapak terlalu mengongkong sehingga nafsu jadi terlalu membuak.
4) tikar solat tidak pernah dipaksa untuk diselak.
5) autosearch komputer bapak penuh sesawang porno.
6) pergaulan sesama keluarga yang terlalu terbuka dan sembrono.

dalam seminit aku datang dengan 6 provokasi.
kalau sepuluh kepala?
kalau dikupas2 lagi?

originaliti tidak logik kalau diambil maknanya secara literal.
kalau ikutkan, setiap huruf dan perkataan yang kita guna ini pun, memang kita pinjam.
setiap nombor dan formula datang dari didikan dari dulu yang terhadam.

originaliti dari pembahasan.
itu maksud aku.

haih.
itu pun perlu diterangkan.

manusia dan alasan.
hendak seribu daya.
tak hendak, dalihnya macam2 gaya.

macam seorang perempuan, kalau sudah suka, disepakterajang sampai bengkok rusuknya, ada sahaja cara dia jawab relevannya.

haih...
kan..?

*diam*

maka aku jadi malas menulis.
dan bila aku mula, bahasa aku yang keras akan menyinggung.
mulalah ada yang mahu terasa.

leceh.
baik aku duduk bersandar dan sekadar lihat dari jauh -diam tak mau menceceh.
masalahnya yang jadi mangsa, orang keliling; tak fasal2 tahi telinganya berbuih.
haha.

susahlah~

janganlah terlalu merasakan setiap tulisan orang itu dialamatkan pada kita. kerana di banyak masa, penulis2 bodoh seperti aku ini menulis untuk diri sendiri juga. cuma mungkin kerana kurang jelas dalam penggunaan kata ganti nama, ada yang fikir tulisan2 seumpamanya memang dikhusus untuk yang tertentu2 di luar sana.

apa kalian tak pernah bercakap sama diri sendiri dengan menggunakan perkataan "kau" dan "engkau"?
macam "kau ni dah kenapa, *letak nama sendiri*?"
atau "kamon. kau boleh, *letak nama sendiri*!"

berhenti cari diri sendiri dalam tulisan orang.
terutama orang2 yang kau kenal.
sebab kau akan jumpa.
sebab manusia semua lebih kurang sahaja perangainya.
tunjuk atau tidak, sahaja.

*diam*
*termenung lama*

asalnya tadi aku hendak bebel tentang berita utama yang melaporkan misi malaysia mengimport guru bahasa inggeris dari luar negara untuk menaikkan kualiti bahasa itu pada anak2 kita. maaf tertangguh sedikit dengan mukadimah yang mungkin tidak serelevan mana, namun entah bagaimana boleh memotong kobar aku yang hendak berhujah tentangnya.

maka aku pendekkan.

kera di hutan disusukan.
anak di rumah mati kelaparan.

dengan beribu graduan bahasa inggeris yang bagus2, yang tidak dipandang walau dengan cgpa hebat kelas satu kerana tidak setanding dengan subjek2 kejuruteraan dll, MENGAPA kita masih beriya hendak mendulang emas di lombong orang?

habis, nanti2, bila orang kita sendiri tak mampu membayar pinjaman pendidikan --kau marah? orang putih yang tidak pun punya kelayakan di negara mereka untuk mendidik (kerana untuk menjadi guru di luar sana perlu ada lesen pendidikan) sanggup dibayar tiga ke empat kali ganda; orang kita nak digaji rm2500 pun habis dikedekut, habis dibising mahal lampaunya. walhal kajian tahun 2010 mengatakan penduduk kuala lumpur dengan gaji rm3ooo ke bawah adalah kategori miskin?

kalau sungguh orang kita tidak layak, aku contohkan aku dahulu --sampai ke kazakh russia dipanggil menjadi guru bahasa itu? apa benar anak2 kita tidak ada layaknya atau kita memang lebih bangga membeli reputasi dari kualiti?

tapi mungkin juga salah kita2.
kalau maskot pendidik adalah cikgu syidah yang macam perempuan meroyan itu membuatkan sistem pendidikan kita dipersoalkan--
memang salah kita.

maaf peminat cikgu syidah. aku cuma merasakan there's a very, very thin line between being a joker and being THE joke. aku tidak benci dia secara individu, aku cuma rasa tersinggung kerana dia menjadikan profession guru yang mahu mendidik anak2 muridnya tentang self-confidence sebagai alasan.

you dont do that for that.
you do it for fame.
and until you realize you are just a fad for malaysia,
you wont stop doing things you are doing now.

tolonglah.
kalau hendak sangat,
be original.

anwarhadi bukan buat benda baru pun. tiru juga.
yuna bukan buat bunyi baru pun. pernah ada.
hujan bukan cipta genre baru pun. banyak aja.

tapi they made things THEM.

maka berhenti dengan alasan2 bangangmu,
wahai manusia.

sekian sahaja.
tulisan saya hari ini, tuan2 dan puan2.
entri tentang manusia dan alasan yang tidak ketat perbahasannya,

but wutever.







notakaki: "but wutever" itu alasan untuk entri yang tidak ketat.

Friday, April 15, 2011

aku grupi baru dia

aku suka.

full stop.

notakaki:
BUKAN untuk dibaca orang2 hipersensitif dan mudah-kecil-hati-tanpa-fikir-panjang.






terima kasih si manis yang memberi baca.

Saturday, March 5, 2011

pokok menangis

bila dalam sehari kau lafaz sekurang2nya 5 kali kesaksian kau,
yang tiada tuhan yang disembah melainkan allah itu--
aku keliru;
tidakkah kau percaya yang hanya dan cuma pada dia
akan kau serahkan jiwa dan raga dalam apa juga?

atau apakah ada mungkin kau sungguh percayakan itu,
cuma seperti agama2 lain yang memerlukan pengantara berbentuk manusia holi dan suci atau berhala,
kau perlu sesuatu untuk memberi konfermasi atas setiapnya?

aduh.
bagaimana bisa jadi mungkin semua ini...?

*diam*

pelik. andai manusia kau hambat2kan kerana kepelikan tidak menepati normaliti majoriti, kenapa kelainan yang-bukan-manusia kau pilih untuk puja? atau kepelikan manusia adalah semata2 kecacatan dalam sistem sosial, apakala kelainan yang-bukan-manusia adalah keunikan yang perlu disambutsorak?

kambing kepala dua.
lembu berkaki lima.
timun berbentuk alur keris.
pokok petai menangis.

ape ke bangang la engkau ni agaknya?

*geleng kepala menggetap gigi*

marah.
itu yang sebenarnya.
menyampah dan marah.
berbakul aku carutsumpah.

hari pertama aku baca, aku ketawa.
aku gelakkan kebodohan kepala tajuk itu sendiri. aku cecehkan murahnya cerita tabloid yang ada di suratkhabar aku pinjam baca dari seorang kawan sekerja.

hari kedua aku tengok, aku geleng kepala.
aku bebelkan pada kawan tadi yang mengikut biasa rakyat kita, pasti akan tersusul cerita mereka2 yang terbodoh dek bisik2 iblis untuk pergi mencuba2 minta ikhtiar-- atas apa pun alasannya.

hari seterus2nya, aku mengaruk pada mereka2 yang tak ada kena-mengena.
nasiblah siapa2 yang ada di kiri-kanan aku tadi2nya. nak ke sana, duit tak ada. kalau mampu, memang aku tebang depan2 semua, dan aku pasti bukan aku seorang yang seperti mahu mengapaknya.

*hela nafas berat; lama*

aduhai~
itu semua, kalau pun bukan kebetulan atau dalam bahasa inggerisnya a freak of nature, pasti ada sainsnya.

dan bukannya tidak dibagi penjelasan, wahai tuan2 puan2.
sudah.

yang paling besar kemungkinan jawabnya adalah air itu, yang kononnya air mata sang pokok petai itu, adalah air kencing sejenis serangga yang nama kampungnya riang2. air kencing riang2 jantan akan mengalir setiap 5 saat ketika proses mengawan. air mata pokok petai hanyalah air kencing, secara sainsnya.

tapi tak!!!!

siap dipangkahnya keras2. "kalau betul air kencing, kenapa bila saya minum, payau saja?"

PANGGG!!!!
kalau aku ada situ, memang aku lempang mulutnya gaya kak limah membagi tangan pada bomoh indonesia bongkak menggebang dia telah lawan mumia dan yeti dalam filem parodi yang aku tonton kelmarin.

kalau orang lain sibuk marahkan orang2 yang mengunjung, aku panas hati sama tuan pokoknya. sudah tahu orang bodoh tentunya akan bersepah berkampung penuh di terwujudnya kisah2 bangang sebegini; maka kenapa perlu kau mulakan perciknya? kemaruk publisiti? haruk keriuhan yang sekali2? apa?

sungguh. aku sedari dahulu mempersoal tujuan manusia2 menelefon suratkhabar untuk liputan2 tabloid begini. lainlah kalau benar perlu, seperti sesuatu yang tidak boleh tidak untuk sesebuah komuniti seperti masalah perparitan atau bencana sosial yang berlarutan. ini tidak.

"mak lijah cari anak hilang 15 hari"
padahal kau tahu anak kau lari dan sembunyi rumah teman lelaki.
"rogayah jumpa zamrud misteri di dalam ikan tenggiri"
padahal ikan itu kebetulannya menelan batu cincin entah siapa2 di suatu hari.

jangan dimarah sama pensensasi berita --itu memang kerja ahli media menyuap kebodohan pada kita2. tuhan sudah bagi akal, tak mahu guna. telan SEMUA saja2, tanpa usul-periksa. sebab itu terlalu banyak kekangan dalam industri kreatif malaysia --sebab orang kita TAK SUKA berfikir. tengok filem drift, rasa kool, TERUS nak ikut. tengok comolot dan bunga pada valentine, rasa romantik, TERUS nak rasa. tengok tatu pada penyanyi hispanik, rasa gempak, TERUS nak lukis2 ilustrasi pistol dan duri berserabut. tengok merana gantung diri, rasa epik, TERUS nak jadi pecinta agung dikenang sejarah seribu tahun lamanya.

walau yang buat cuma sekerat dan tak seramai mana, yang tertempias panggilan bodoh ini--
kita2 juga.

ah!
panas.
sungguh panas.

yang datang untuk menadah air mata itu, WALAU apa juga alasannya; terutama beralaskan ikhtiar dan berlandas ayat2 al-quran segala, malulah. malu dengan hijabmu dan kopiahmu. malu dengan solatmu, dengan alamanmu. betapa engkau2 memalukan dirimu.

haih~~
*diam sekejap*

memang.
memang pokok petai itu menangis.
sebab nanti DIA yang perlu menjawab pada tuhan
kerana engkau2 menuhankan dia.

nak sangat ikhtiar.
sini.
minum air kencing aku.
payau juga.

Tuesday, March 1, 2011

ibu sialan

sialan!!!

lagi sekali kau orang datang pada aku,
mintak tolong aku jual anak kau yang kau cipta
dari majlis2 kau, teman lelaki kau dan syaitan--

aku cari kau,
aku tampar depan semua orang,
kemudian aku ludah.

dasar binatang.

aku tak peduli apa kau buat.
sungguh aku tak mahu ambil tahu.
aku bukan tolong kau.
aku mau tolong budak dalam perut kau itu merasa dikasih oleh mereka2 yang benar2 maukan dia.

mereka2 yang terlalu menunggu direzekikan.
mereka2 yang begitu lama tadah telinga dgn kata2 orang kiri-kanan konon2 kita saja2 tak ada sebab mau jaga langsing badan kebaya.
mereka2 yang tak bertuah macam aku
--untuk merasa mengendong zuriat yang bakal ditatangcinta.

ARGHHH!!!

mak apa kau?
8 ribu je kau nak?
serius?
apa barang.
murah sungguh.

serius.
MURAH.

wahai tuan puteri,
ada sebab kenapa aku cakap dari awal jangan letak harga, jangan SEBUT tentang wang yang akan lalu-lalang atas nama zuriat itu semua.
SEBAB anak2 itu tak terbayar harganya.

tak terbayar!!!
kau takkan mampu!!!
itu nyawa!
reti?

astaghfirullahal 'azim!!!

aku benar2 rasa mau lempar barang, terajang orang, sekarang ini.
tuhan, kuatkan aku.
tolong.

aku rasa pecah sungguh.

tuhan...
bagikanlah pada aku.
bukan pada binatang2 macam tu.

Saturday, February 26, 2011

bila tuhan boleh dilokek dan tidak dibagikongsi, agama cuma sebuah persatuan biasa.

seorang perempuan datang pada aku dalam tulisannya, meminta aku ulaskan tentang satu perkara yang wallahi membikin aku lebih 6 jam terbeku melangut di hadapan kaca empat segi tepat ini di seminggu nan sudah.

habis kering seluruh malam aku diminum sang lamunan yang tidak pernah aku perasankan hausnya. tetap, tak langsung menguntungkan. hendak dikata menang 50-50 pun sebenarnya lebih hampir kepada tidak.

malam itu, kalau ditimbang dengan konsep asas ekonomi, tidak memberi apa2 faedah yang jelas.
pada biasanya, dengan cuma memodalkan masa, urusniaga aku dengan akal akan membuah hasil yang ranum2, berair2 dan lazat. tapi entah kenapa, pada malam itu, jangankan buah, habuk pun tidak aku dapat.

jawapan tertulis dalam sasar2, acapkali menggelincir dan ada masanya seperti menjunam ke gaung batuan keras. aku terkejung --sedikit lemas.

aku buntu.
dan aku terbuntu kerana buntu itu.

bukanlah soalannya tentang penggabungan kimia atau permainan kiraan nombor matrik,
tidak juga tanyanya mengenai ilmu2 halus seperti cara2 menundukkan ifrit atau apakah perincian yang boleh kita bincangkan tentang konsep taghut. tapi sungguh aku tidak mengerti bagaimana soalan semudah itu membikin aku terpasung kaku dengan jantung paru2 di dalam rusuk berselirat meribut.



tanya dia pada aku;
apa pandangan aku tentang mereka yang bertudung

mudah. ringkas.
sekelip mata boleh dibalas.

--sepatutnya.

namun sepanjang itu, yang termampu cuma:
taip dan padam.
taip dan padam.
taip dan padam.
taip.
dan padam.


lebih 6 jam.

*diam*
*keluh*

dia sungguh2 minta aku jawabkan; untuk kertas kajian kata dia --atau sesuatu seumpamanya. aku kasikan janji untuk menyiaptulis buah fikiran aku untuknya dalam tempoh penuh sehari. namun sudah tersedia dalam buku takdir; apa yang kita hendak, tak semua tuhan akan bagi. natijahnya, jawapan aku tertangguh ke hari ini tadi.

bismillaahirrahmaan ar-rahiim.

semoga apa yang terkeluar dalam tulisan hari ini seperti selalunya --jujur tak terfitnahkan; harap2 tak terganggu ia dek apa jua. dan beringatlah betapa aku ini manusia biasa yang tetap ada salah dalam kata2 dan bahasa. maka minta dilapangkan habis si dada itu, sebelum jauh kau baca aku.

semoga di bila mana terbintilnya huruf2 yang aku padanjalinkan sepanjang tulisan ini nanti, kau kutipkan HANYA selepas ditapis dengan terpaling hati2. jangan pernah lupa; tuhan bekalkan kita dengan akal yang tak terjangkau perginya. maka guna.

-- dan semoga~
tidak setiap perkataan aku kau ambil buta2 tanpa dikajiperiksa.

*tarik nafas*
*hela*
ok let's go.

di pertama kali aku baca soalan gadis itu, yang terbuak adalah marah. aku tidak perlu bohong; aku sejujurnya merasakan jengkel dan muak dalam hati yang paling dalam ini seperti bila2 masa saja ia akan melimpahtumpah. aku getus dgn gigi dikacip rapat: "kenapa aku...?"

hijab.
lagi2 hijab.
benda yang terang2 aku tak ada.

kenapa tak mahu tanya tentang faraidh?
atau munakahaat?
ajak aku sembang tarannum pun tak apa.
selain perihal hijab.

panas hati aku. punya banyak orang, kenapa aku juga..? jelas sekali aku adalah org terakhir yang selayaknya untuk membincang perkara dosa pahala. tapi syukur. aku tetap reti membeza. mana yang hak, mana yang tidak. takkan tercampur. cuma buat tidak buat, amal tidak amal saja. itu; menjatuhkan aku dari darjat mulia ke tercemar cela.

maka rasanya tidak perlu diteka pun apa hemat aku berkenaan soalan tadi. tak mungkin ada jawapan lain selain hakikat hijab itu sendiri yang terwajib. jawapan tetap sudah lama ada tersedia. aku belum cukup gila untuk mempersoal tuntutan tuhan. sudah jelas betapa dituntutnya penghijaban seorang perempuan; maka tidak ada perlu untuk aku berdolak-dalik dalam mengakui hakikat hijab pada sang hawa. jauh mana pun aku terpisah dari definisi "hamba yang taat", tidak mungkin aku nafikan kesahihannya; atas apa alasan sekali pun juga.

yang salah, tetap tersalahkan.
aku terima.
aku salah.

jangan terus dicantas kata2 aku, izinkan aku berhabis dalam cerita ini. aku tak mahu takut-dikeji-orang menghalang telus aku dalam entri hari ini. aku lebih perlu takut pada tuhan, bukan manusia. biar aku bagikan jawapan yang paling lencun dengan kebenaran. kasi aku menelanjang perasaan tanpa merisaukan cakap2 engkau. atas apa pun juga, serahkan aku pada tuhan dan neracanya. benar, kita masyarakat. benar, kau dipertanggung dengan beban menjawab tentang manusia2 yang ada dekat. namun legalah. telah kau jalankan hak itu, wahai kalian; selebihnya adalah untuk aku junjung dan pikul sendiri.



terima kasih atas teguranmu.
tapi cukup. tanggungjawabmu sudah terselesai.

mereka yang mengenali aku akan selalu mendengar perenggan di atas keluar masuk di bibir aku. dari masa ke semasa --terlalu selalu. maaf andai ada yang merasakan aku terlalu bongkak dgn dosa sendiri. sungguh-- langsung tidak ada secebis dalam raga ini yang merasakan aku mampu menanggung itu semua. tapi bila tiba perihal dosa tumpangan ini, aku begitu percaya pada adil tuhan yang memang ternyata terpaling bijaksana. bukankah dia pemilik segala ilmu?

tidak mungkin akan disengajakan kita untuk dikejami. kalau yang menggelumang dosa itu si usop, takkan udin yang perlu ke neraka? seorang anak perempuan, selagi belum dinikahi, adalah tanggungan ayahandanya. selepas dikahwini-- atas suaminya. sampai bila seorang perempuan boleh mengelat dan bermain curi2 dari dicatit dosa?

benar. tanggungjawab kita untuk saling ingat-mengingatkan. tapi masyarakat bukan hanya wujud sejenis. untung kalau dapat pendengar yang betul2 mahu membuka hati. sejuk hati kalau ada yang menitik airmata nasuha demi ar-rabbi. tapi kalau yang jenis bila diingatkan terus bersilat? macammana? kerana itulah tuhan pesankan dalam kata2nya, perlu tahu larat kudrat kita; mesti faham adabtertib mendatangi orang; MESKI niat di dada memang terpuji lagi mulia.

contoh --kekerasan. teguran. penafian. pengasingan.
di mana larat kita sehabis2nya?

*diam*

tuhan tidak kejam;

malah dialah yang terpaling penuh kasih. kalau sungguh telah kita cuba apa mampunya untuk
menyeru kebaikan --namun seringnya tergagal; usah sekali2 dirunsingkan kebarangkalian tuhan akan mendendami kita, jangan langsung disyakkan kalau2 tuhan akan menidakadil kita. dia tuan punya segala --tak terluak tanpa kita. KITA yang terlalu perlukan dia.

tuhan tidak kejam;

di bila2 yang dia mintakan sesuatu, semampu daya, usaha untuk kasi. kalau tak disempatkan, percaya sentiasa pada sifatnya yang terpaling memahami. tuhan sememangnya yang terpaling kaya. tidaklah perlu mana dia yang serba sempurna itu dengan apa yang dikehendak dari kita. semua itu tidak lain cuma kerana mahu mendugauji kasih kita padanya. berhasil atau tidak setiap usaha kita tidak menjanjikan merit atau apa2. dia cuma mahu kita cuba. contoh; tuhan minta kita hidup dalam kebenaran, namun di kiri-kanan penuh dengan yang terpesong pacuannya. malangnya yang termampu cuma saling berpesan dan menasihat --cukup. lepas. langsai. selesai.

tuhan tidak kejam;

dia sentiasa memahami keterbatasan dalam kemampuan kita manusia. kita manusia biasa, tidak sempurna dan tubuh kita fitrahnya berbeza2. dia mengharami perbuatan bersengaja menyiksa diri. dia memberi pahala pada perkara yang mebawa kebaikan, seperti melewat2 bersahur di dinihari.

tuhan tidak kejam;
walhal kalau mau, boleh saja.
dia tidak pernah kejam;
kerana dia memangnya penuh cinta.



at-taubah, ayat ke 118:
dan allah menerima pula taubat tiga orang yang ditangguhkan
--penerimaan taubat mereka,
hingga apabila bumi yang luas ini terasa sempit kepada mereka
--kerana mereka dipulaukan,
dan hati mereka pula menjadi sempit
--kerana menanggung dukacita,
serta mereka yakin bahawa tidak ada tempat untuk mereka lari
--dari kemurkaan allah;
melainkan kembali bertaubat kepadanya.

kemudian allah memberi taufiq serta menerima taubat mereka
supaya mereka kekal bertaubat,
sesungguhnya dia lah penerima taubat lagi maha mengasihani.

tuhan SESUNGGUHNYA tidak pernah kejam.
tapi manusia--
*termenung panjang*
manusia lain~

*diam lagi*
*hela nafas berat*



aku pilih untuk tidak menjawab soalan hijab itu kerana ia isu sensitif.
--dan mengikut pengajian dulu, bila mana hakikat agama sudah jadi isu sensitif,
agama tersebut sudah menjadi satu platform politik.

aku pilih untuk tidak berpanjang2 dalam memberi pendapat aku tentang hijab. orang tua2 suka kata: sudah terang lagi bersuluh. aku kira tak ada makna untuk aku gaduhkan sesuatu sekukuh itu. dari soalan yang cuma sebaris itu, sebenarnya aku boleh buka satu bahas lain, yang tidak hanya cenderung tentang perbincangan hijab atas dasar hukum semata2. aku pasti, aku cuma perlu pancing sedikit sahaja --tentang perempuan, hijab dan 2011 --aku akan dapat comment hit yang paling rancak dalam bulan ini.

kita manusia.
dan seperti aku kata tadi;
manusia memang kejam.
--kejam hati
--kejam fikiran
--kejam perbuatan

bosanlah. sama sahaja nantinya. fikiran pembaca akan terbelah tiga:
1) berhijab tapi hati bangkai
2) tak berhijab tapi sifat mulia
3) setuju dan tidak dengan dua2.

--yang mana akan membawa ke leretan perbincangan tanpa konklusi.
--yang mana selalu aku herdikkan pada adik2 yang karib sama aku. JANGAN dihukum orang pada kategorinya. manusia itu individu. setiapnya berlainan.
--yang mana bukan hanya mereka yang sudah terbiasa melihat manusia sebagai satu entiti berkumpulan.

ini akan jadi bualan nanti2.
lain hari.

alang2 sudah melencong sedikit ke ilmu asas tauhid, aku mencuri kesempatan ini untuk menumpangletak cebis2 yang tanpa sengaja aku kutip selama lebih 6 jam yang sungguh penuh itu.

*terdiam*
*teringat semula*

sampai habis seluruh malam aku. dan tetap, tak langsung terlahir apa2 tulisan tentang hijab yang sempurna anggotanya. kenapa? kenapa di setiap emfasis aku tentang hijab, tiba2 aku rasa seperti terdidih hati? kenapa dengan kau, wahai hati? apa fasalnya sama kau yang memberontak dan membentak2 ini?

*tarik nafas*
*hembus*

yang sebenarnya, memang ada sedikit bahagian di dalam aku yang seperti mahu mengaruk dan marah. terus terang saja aku bilang, dari dahulu lagi memang aku agak mudah merasa jengkel dan muak di setiap kali perihal hijab diungkit di pangkal hidung aku. aku jadi defensif dan refleks aku pada sekitar terus bergantung secara total dengan siapa penyerangku pada masa kejadian. ada masa aku jadi api dan melawan. ada masa aku jadi murung dan terdiamkan. ada masa aku jadi awan, terus menghujan. ikut masa.

selama hidup aku yang berkembarlekat dengan baran sang naga keramat ini, aku rasa lenting dan panas hati aku adalah tindakbalas terhadap manusia2 kiri-kanan yang aku anggapkan tukang sibuk yang tak punya kerja apa selain menyorong hidung ke celah belah kain aku; khusyu' mengecam bau di setiap incinya --lagi hamis lagi seronok, lagi terhanyir, sampai bertepuk. entah. aku menggelegak sendiri.

jangan disalahfahamkan. bukan aku tidak setuju sama indahnya konsep melunaskan fardhu kifayah kita dalam kehidupan berkomuniti. aku mengerti pentingnya saling mengambil tahu, mempeduli jiran dan hidup saling bertanya cerita baru. aku faham perlunya semua itu. tapi ah. kita lebih kenal ahli masyarakat kita. dari bertanya, mula mengonon peduli, terus mahu diupdate selalu, tiba2 merasa mahu jadi insan mulia yang tekun dengan objektifnya mengubah manusia sekelilingnya menjadi hamba allah yang terpilih.

sifat buruk aku yang memang payah untuk aku buang dari kecil lagi adalah pantas melenting. pantang ditegur, mulut terus handal membidas. tak boleh dikata, mata terus tercegil lekas. aku seperti api, dan hanya kelembutan dapat melentur aku. tapi sejujurnya, tidaklah aku degil mana. cuma aku ini ada sedikit memilih; bukan sembarangan orang aku izinkan tembus. dan kalau aku sudah tidak suka, lagi aku sengaja lawan2kan, lagi aku rancak kacau2kan.

ya. aku tahu.
buruk sifat.
berulat perangai.

haih~
apalah nak jadi dengan kau ni fynn~

tapi, fitrah aku yang sebenar2nya adalah seorang budak kecil yang gemar bertanya tentang semua benda. aku suka duduk bersila depan orang tua yang pengalamannya merata; mendengar setiap cerita mereka.
--jadi tidaklah tepat untuk aku kata aku ini langsung tak mendengar kata.

aku suka ilmu. aku suka belajar sesuatu yang baru. aku suka perasaan baru terperasan sesuatu walhal sudah lama sesuatu itu di depan mata aku. aku paling suka ilmu tauhid, kerana dalam tauhid ada terlalu banyak cinta. tauhid ajar kita konsep percaya, redha, setia, macam2 lagi.
--bermakna bukan intipati ilmu agama mereka yang bakar aku punya hati.

aku terlalu meninggikan budibahasa;
pantang aku --bongkak ria' manusia.
aku tak suka berada dekat dengan entiti yang mengetahui dirinya bagus.
aku tak suka perasaan mengetahui AKU tak cukup bagus.
aku tak suka diberitahu aku ke muka yang aku tak cukup bagus.

dan yang paling jangan buat depan aku adalah:
memberitahu yang tuhan tak suka aku.
aku boleh terus terkam kau sambil mencakar2 sampai hilang akal.
percayalah.

sebab itu aku selalu cuba jauhkan diri dari golongan sebegini. jenis yang mengetahui dirinya lebih dekat sama tuhan berbanding aku. jenis yang lebih mengenali tuhan dari orang terpinggir macam aku. aku perlu menghindar dari mereka, sebab aku risau aku akan benci agama demi manusia2 sebegitu.



bagaimana penyebar agama islam
telah membunuh islam dari ramai anak muda melayu

percaya atau tidak, sudah terlalu ramai sahabat aku yang memilih untuk hidup tak bertuhan. sayu hati aku bila fikirkannya. ya. salahkan individu itu. itu sudah memang pasti. tapi kalau aku bilang sesuatu ini (yang mana aku tidak pasti akan dipersetujui atau tidak), yang sungguh aku bukakan pekongnya dari penglihatan depan mata kepala ini, harap aku --semoga diiktibarkan.

kita yang bunuh islam dari anak2 muda kita.

berkali2 telah aku cecehkan; kalau benar mau hidup berjuang untuk tuhan dan agama, fasihkan dulu seni ilmu da'wah itu. kerana cuai dek kurang penuh dadanya, kerana bongkak merasa lebih tinggi di sisi pencipta, kita hilang ramai muslimin muda.

maaf atas keras aku berbahasa. tapi ini hakikatnya. aku sendiri jauh dari sempurna. maka sudikan mendengar suara aku yang seolah2 berdiri sebagai salah seorang manusia penuh cela yang merata.

yang betul2 mampu --selalu rasa tidak cukup layak jadi penyeru ummah yang tergantung2 jiwa.
yang tak cukup kenyang ilmu di dada --beriya2 mahu jadi penyelamat bangsa.
macammana?
hancurlah sudahnya.

sungguh, aku puji niat itu. lillaahi ta'aala. hidup fii sabiilillah. bagus. tapi tolonglah. salah hentak tapak, silap buka langkah, bahananya pada agama kita. da'wah bagaimana kalau di akhirnya lebih ramai yang lari dari mahu ke mari? da'wah jenis apa kalau lebih digambarkan tuhan sebagai pemarah yang seringnya murka dan mencelaka hamba2nya? da'wah apa bila orang bertatih dipengkes kaki dengan alasan untuk mempercepat belajar berlari?

islam yang asalnya cantik jadi comot kerana ria' manusia separa sempurna ini. mereka lebih hampir duduknya sama tuhan, mungkin. dan agaknya kerana menyedari itu, tersergam dari ekor mata betapa mereka begitu beruntung kerana tak terhanyut ke laut lepas. tidak salah mensyukuri tuah dipelihara dan dirangkul tuhan ketat dan kemas. memanglah tak nampak salahnya. tapi bayangkan situasi ini.

di tengah kotaraya.
dengan kesesakan lalulintas tahap mustahil.
kau dengan kancil buruk, tak ada penghawa dingin.
cuaca panas sampai peluh terbintil2.
di sebelah, di dalam kereta mewah yang serba hebat,
pemilik kereta mewah itu memandang kau yang sedang termenung menghadapnya.
dia tidak berkata apa.
tidak membuat muka apa.
tapi kau dapat baca pandangannya yang memandang engkau sambil berfikir:
"nasib baik aku bukan dia".

kalau kau tidak mampu membayang cerita pendek itu tadi, bertuah sungguh kerana tidak pernah kau merasa dipalat sebegitu halus. kalau boleh, sekarang aku minta kau fikirkan apa di dalam kepala manusia2 terhanyut ini bila yang bukan harta yang jadi perbandingan, tapi kasih tuhan.

sakit, tuan2.
sakit bila dibiadab dengan kata2 mereka yang menyampaikan suara tuhan--
seolah sebegitu sekali kejamnya tuhan pada hamba yang sudah tidak dia mahu peduli.

begitu menyakitkan. kadang2 aku jadi tidak faham. bagaimana manusia separa sempurna ini --yang begitu arif tentang tuhan dan agamanya ini-- boleh sekadar memejam sebelah mata meski menyedari olahan bahasa verbal dan tubuh mereka ada masanya menyinggung rasa? apa cukup alasan apa-saja-demi-kebaikan-yang-lebih-besar-pulangannya itu untuk memerisai perlakuan mereka?

"kasar sedikit; tak apa. kasi sentak. semoga esok2 dia ingat tuhannya dan sedar"
"keji sedikit; tak apa. niat kita elok. mmg dalam quran, pelacuran itu diselar "
"jenis manusia apa kau ini, memang neraka saja layak kau nanti"
"aku bukan 'ndak kata apa, tapi tuhan dah kata golongan kau takkan diterima lepas kau mati"

be cruel to be kind,
kata orang putih.
all is well; we aim for the greater good.

ini bukan kali pertama kita dihadap cerita seumpama ini. maka soalan aku, apakah alasan tadi cukup untuk memberi justifikasi pada perbuatan manusia separa sempurna ini yang menghirisnipis hati orang2 yang masih belum jumpa jalan pulangnya? bersindirkias dan berperli bahasa dalam menyampaikan pesan tuhan, sehingga lemas orang2 yang sememangnya sudah lama terjauh itu --apakah itu memang kaedahnya?

dan konsep greater good itu. perlu apa digunapakai dalam agama kita bila datangnya ia dari bible dan bukan kitab kita sendiri? kenapa tidak dicontohkan rasulullah yang tak pernah membuang senyum walau dibaling najis saban hari? atau kenapa tidak diikut sunnah baginda memanjat doa bila tak ada apa yang mampu dibuat untuk membuka hati sang terhanyut itu? dari buku mana datangnya public humiliation dalam menyebar cantik agama?

apakah mendapatkan-kebaikan-yang-lebih-besar itu cukup untuk menjadi lesen dalam proses berda'wah sesama kita? dengan mengalamatkan tuhan sebagai destinasi, apakah dihalalkan keras bahasa yang menyamai perbuatan memaksa? ok. mungkin tidak secara terang2, tapi sikap persisten seorang penda'wah yang melangkaui tertib2 dan bulatan selesa seseorang juga tetap dikira sebagai memaksa.

laa ikraaha fiddiin
tak ada paksaan dalam agama.

aku tidak sebodoh itu untuk semata2 menafsir tak ada yang perlu dalam agama ini. tidak. tapi aku fahami pesan tuhan yang seorang islam itu islam tanpa perlu ada apa2 yang memaksanya menjadi islam. bukankah islam itu sallama --memelihara, menyelamat, menyerahkan diri dengan submissif dan membagi diri pada tuhan dengan amannya? lalu kenapa, di banyak waktu, tidak aku rasakan lembutnya agama ini? mengapa terasa begitu susah sekali untuk aku dikulit perasaan aman, walhal sesungguhnya ada saudara2 seislamku menemani ?

bagaimana tergamak manusia2 cela seperti aku dibiar merasa seolah2 dihalau dari tuhannya sendiri? kenapa perlu begitu? kenapa perlu dilokek tak mau dikongsi? berpegangkan alasan insan sompek tak punya tempat di sisi tuhan --dimurkakan, disumpahcelaka dan dimarah sentiasa, semacamnya tidak layak untuk manusia hanyut ini menyebut langsung perihal tuhannya. diumpamakan seperti agama ini sudah menjadi semakin material dan didasar dari pemanifestasian luaran semata2. benar, tuntutan tetap tuntutan. tak pernah aku lari dari hakikat itu.

tapinya, apakah tidak mereka ingat bahawa telah tuhan sebutkan dalam kitabnya yang hidayah itu tidak serentak sampainya; tidak sama berat-ringannya? kita semua ada cerita kita. ada orang hidayahnya muncul sebaik membaligh dan meremaja. ada yang selepas ke tanah haram baru merasa. ada juga mendapat hidayah tak semena2 bila bangkit dari lena. ada yang nasibnya, sampai ke mati tak tiba2.

sedang bapa saudara rasulullah yang setia mempertahan dan mengubu baginda tidak disempatkan, apa lagi kita manusia2 biasa. tetap, itu tidak pernah menjadi alasan untuk tidak mencuba langsung menjadi yang terbaik semampu daya. iman pada qada' dan qadar perlu ada. percaya sehabis2 isi hati pada ketentuan tuhan yang maha bijaksana dalam kerja2nya.

siapa kata orang macam aku tak pernah rasa rindu pada dia?
siapa kata orang macam aku tak pernah sayu melihat hanyut diri, bila malam tiba?
siapa kata orang macam aku sudah kering hati, takkan terkesan sampai ke mati?
siapa kata orang macam aku sudah terlalu jauh, sampai tuhan buang peduli?

aku pegang ini selalu:
tuhan lebih tahu.



satu revelasi yang
tak pernah aku tahu akan muncul


*diam lama*
*berkira2 utk sambung tulisan ini*

dalam lebih 6 jam malam itu, aku menyedari sesuatu tentang diri aku. sesuatu yang tidak pernah aku perasankan selama 29 tahun jauhnya perjalanan ini. ingat tidak cerita aku tentang baran aku bila datang bab teguran? tentang lekas panas seorang aku bila disuruh2 --terutama bila sang penda'wah itu kurang adab bahasanya?

sedari dahulu aku fikir lenting dan haruk aku bila berpunca dari degil dan keras kepala aku menerima seru. aku fikir aku ini hatinya sudah mati dan terpenuh hitamnya dek dosa. aku fikir aku sudah terlalu jauh terhanyut sampai aku jadi tidak tentu hala bila datang orang menegur agama yang kurang terjelas di rupa. aku fikir aku sudah habis.

betapa sebenarnya tidak.

pekat malam berwarna kopi pahit itu begitu panjang. sampai entah bagaimana terperasan aku akan sesuatu. marah aku bukan pada penda'wahnya, bukan pada intipati da'wahnya, bukan pada gaya disampaikan da'wahnya. marah aku di setiap itu adalah pada aku. kerana setiap itu, TELAH AKU TAHU.

aku marah sama diri aku. kerana tak gagah untuk berwasatiah demi pencipta aku.
panas hati aku, baran kepala aku, gelekak jiwa aku--
semua itu adalah cara tubuh aku
memberitahu aku
yang mereka semua mahu aku tahu
yang mereka tahu aku tahu.

*diam lama*
*terdiam panjang*

menyedari aku ini tidak sempurna dari terlalu banyak sudutnya, aku terlalu mengharapkan kalau2 ada mana2 ilmu pengetahuan yang terkutip sepanjang perjalanan hidup aku ini disudi orang. tuhan ciptakan aku tanpa daya menjadi bunda, maka doa2 anak soleh terang2 takkan aku rasa. ah. tak apa. aku sendiri tidak pasti apa aku mampu memberi didik yang sempurna tentang akhirat dan dunia.

cuma jariah yang ada untuk menjanjikan aku terus hidup tak mati atas dunia ini. selagi dipakaiguna, selagi itu aku bernyawa di antara bibir2 yang menyebut nama aku dalam hari2 mereka.

aku mungkin naif dan bodoh.
tapi aku beriman pada cerita tuhan.
dan aku selalu cuba untuk tidak pernah lupa minta disempatkan.

*blank*



----------------------
PENTING:
semoga TIDAK kalian pukulrata golongan penda'wah ini. bukan semua. aku ulang, bukan semua. aku ada beberapa adik2 dan kawan2 yang berpurdah. TAK PERNAH walau sekali aku merasa diburukkan bila bersama mereka, malah semakin aku sayu hati membanding kami bersama.

tolong. jangan kerana kekurangan aku dalam menulis jelas terhukum semua penyambung syiar itu. janganlah~ harap kalian dapat faham apa yang aku mau kata.

terima kasih semua.